Ahad, 12 Februari 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Sedia saman pemilik twitter

Posted:

Sedia saman pemilik twitter

Sedia saman pemilik twitter

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my



KOTA BHARU 11 Feb. - Pemilik butik, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau Leuniey yang didakwa menjalin hubungan dengan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek bersedia untuk menyaman pemilik laman sosial twitter, @MahSiH2 yang telah mencetuskan kontroversi tersebut.

Leuniey (gambar) ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini berkata, tindakan pemilik twitter tersebut telah memburukkan namanya dan keluarga kerana dia langsung tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Apek yang juga selebriti sukan tanah air.

"Saya tidak tahu dan tidak kenal siapa pemilik twitter itu. Saya dan keluarga masih tercari-cari siapa dia dan kalau jumpa memang kami mahu saman kerana telah memburukkan nama saya dan keluarga.

"Memang secara peribadi pun saya tidak melenting dan tidak melayan sangat kerana semua benda itu tidak betul, tetapi takkanlah apabila dia sudah memburukkan nama macam itu, saya mahu mendiamkan diri pula," katanya.

Leuniey dalam satu sidang akhbar baru-baru ini menafikan dia mempunyai hubungan dengan Apek dan turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa tonggak utama pasukan bola sepak Kelantan itu menjadi punca dia memutuskan ikatan pertunangan dengan anak seorang usahawan batik di negeri ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita detikperubahan.com melaporkan Khairul Fahmi kini dikatakan asyik bercinta dengan gadis manis bernama Leuniey.

Kontroversi itu tercetus setelah pemilik laman sosial Twitter, @MahSiH2 mendakwa Apek yang merupakan seorang player telah memutuskan hubungan dengan kekasihnya sebelum ini, Dahlia Teck dan menjalin hubungan dengan seorang gadis bernama Leuniey.

Sementara itu, Leuniey sekali lagi menegaskan dia tidak pernah berkawan dengan Apek dan hanya bapanya, Nazri Adnan, 43, yang berhubung dengan penjaga gol itu kerana urusan perniagaan.

"Saya memang tidak berkawan dengan dia, cuma bapa saya ada bisnes yang berkaitan dengan kelab penyokong Apek, jadi saya tidak pernah terlibat.

"Cuma kalau pernah jumpa pun hanya berselisih dan ketika itu Apek datang bersama seorang pakcik saya ke rumah sebab ada urusan dan kebetulan pada waktu itu saya hendak keluar rumah untuk bersolek," katanya.

Maritim Malaysia nafi wujud ketirisan

Posted:

Maritim Malaysia nafi wujud ketirisan

Maritim Malaysia nafi wujud ketirisan

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjelaskan, aset udara miliknya yang dikatakan tersadai akan mula beroperasi dalam tempoh sebulan lagi.

Sambil menafikan wujud 'ketirisan' dan kelemahan pentadbiran agensi itu, Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Amdan Kurish berkata, pengoperasian semula itu berdasarkan kontrak penyelenggaraan yang telah diluluskan kepada dua syarikat baru-baru ini.

"Kontrak penyelenggaraan dua pesawat Bombardier CL415MP baharu sahaja diluluskan kerajaan kepada syarikat AJ Aeroservices Sdn. Bhd. untuk tempoh dua tahun dan dijangka mula beroperasi sebulan lagi selepas syarikat itu melepasi audit keupayaan kelayakan terbang.

"Bagi tiga helikopter AgustaWestland AW139 pula, syarikat Systematic Aviation Services Sdn. Bhd. mendapat kontrak penyelenggaraan selama tiga tahun dan sedang menunggu untuk diaudit keupayaan kelayakan terbangnya oleh Directorate General Technical Airworthiness.

"Proses memberi kontrak penyelenggaraan dan pertukaran kakitangan adalah prosedur kerja yang perlu dipatuhi bagi menjamin ketelusan dan kualiti perkhidmatan agensi demi memelihara kepentingan awam," katanya dalam satu kenyataan kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap laporan akhbar ini semalam yang menyatakan lima daripada lapan aset udara Maritim Malaysia kini tersadai ibarat gajah putih.

Menurut Mohd. Amdan, ketiadaan penyelenggaraan pesawat memang menjejaskan sedikit keupayaan operasi Maritim Malaysia, namun ia hanya salah satu komponen dalam sistem penguatkuasaan.

"Setakat ini, semua operasi yang memerlukan tindakan Maritim Malaysia telah dilaksanakan dengan menggunakan aset lain yang ada seperti kapal, bot dan radar pengesan," katanya.

Jelas beliau, kunjungan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga tidak dinafikan dan pihaknya diminta mengemukakan beberapa dokumen berkaitan pembayaran insentif penerbangan anak kapal untuk disemak.

"Pembayaran insentif itu dibuat mengikut kepakaran berasaskan dasar yang diguna pakai oleh Angkatan Tentera Malaysia selain melihat juga kaedah pelaksanaan yang digunakan Jabatan Penerbangan Awam memandangkan Cawangan Operasi Udara kami masih baharu," katanya.

Tambah beliau, pertukaran jurulatih penerbangan pula adalah dasar agensi itu untuk memastikan kenaikan pangkat bagi pegawai dan anggota berlaku secara berterusan.

"Jurulatih yang dimaksudkan hanya dipindahkan ke ibu pejabat di Putrajaya sebagai Ketua Penolong Pengarah Standard Safety and Readiness memandangkan kepakaran yang dimilikinya dalam bidang itu dan masih boleh bertugas sebagai jurulatih mengikut keperluan.

"Buat masa ini kekurangan jurulatih bukan satu isu yang kritikal. Ini kerana lima juruterbang berpengalaman ditawarkan perkhidmatan secara kontrak selama tiga tahun untuk memberikan latihan kepada pelatih," katanya.

Helikopter bawa Douglas Uggah terpaksa berpatih balik

Posted:

Helikopter bawa Douglas Uggah terpaksa berpatih balik

Helikopter bawa Douglas Uggah terpaksa berpatih balik

KUCHING, 11 Feb. - Helikopter yang membawa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah dan beberapa orang lagi untuk ke Saribas terpaksa berpatah balik ke pangkalan Hornbill Skyways di sini hari ini.

Pemandu pesawat tersebut dilaporkan mengesan sesuatu yang tidak kena pada enjin pesawat itu selepas dua minit mereka berlepas dari pangkalan tersebut.

"Semasa berada di atas kawasan Ibu Pejabat Felcra di Samarahan, kami berpatah balik dan selamat tiba di pangkalan," kata Setiausaha Akhbar kepada Uggah, Affendi Yusuf dalam laman facebooknya mengenai kejadian pada pukul 8.30 pagi itu.

Sehubungan itu, katanya lawatan Uggah untuk bertemu penduduk di kawasan pedalaman di Saribas turut dibatalkan.

Yang turut berada di dalam helikopter itu ialah para pegawai kementerian tersebut dan Anggota Dewan Undangan Negeri Saribas, Mohammad Razi Sitam. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan