Jumaat, 10 Februari 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Pengesahan DNA Marwan perlu masa

Posted:

Pengesahan DNA Marwan perlu masa

Pengesahan DNA Marwan perlu masa


HishamMuddin Tun Hussein menyampaikan cenderahati kepada Asisten Komisioner Untuk Perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang-orang Pelarian (UNCHR), Erika Feller yang melawat KDN di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 9 Feb. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tidak mudah untuk mendapatkan pengesahan DNA pengganas Jemaah Islamiyah (JI) kelahiran Johor, Zulkifli Hir @ Marwan yang dikatakan terbunuh dalam serangan udara di selatan Filipina pada Khamis lepas.

Ini kerana, katanya, mereka yang terselamat daripada serangan udara tentera Filipina itu sudah pasti akan menanam mayat rakan-rakan yang terbunuh dalam serangan udara itu tidak kira di mana sekali pun.

''Kita perlu mengenal pasti di mana mayat itu dikebumikan sebelum melakukan sebarang pengesahan DNA dan proses itu sudah pasti akan mengambil masa yang panjang.

''Orang ramai pastinya tidak akan memahami apa yang polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terpaksa lalui proses tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan perbincangan dengan Asisten Komisioner Untuk Perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR), Erika Feller di sini, hari ini.

Khamis lepas, tentera Filipina mengumumkan Zulkifli dan pemimpin kanan pengganas Abu Sayyaf, Umbra Jumdail serta pengganas JI warga Singapura, Abdullah Ali @ Muawiyah termasuk dalam kira-kira 15 yang terkorban serangan udara itu.

Hishammuddin saran Raja Petra buat laporan polis

Posted:

Hishammuddin saran Raja Petra buat laporan polis

Hishammuddin saran Raja Petra buat laporan polis

PUTRAJAYA 9 Feb. - Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin disaran supaya membuat laporan polis berhubung dakwaannya kematian ahli perniagaan, Datuk Patrick Wong Kie Yik yang terjatuh dari balkoni rumahnya pada 19 November 2009, sebenarnya dibunuh.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan itu bukan hanya membolehkan pihak polis menjalankan siasatan tetapi juga untuk mengelak sebarang spekulasi yang berpanjangan di kalangan masyarakat umum.

''Setakat ini, saya tidak terima apa-apa butiran tentang dakwaan terbaru itu dan apa yang penting polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan layan perkara yang berkaitan dengan siasatan rasmi.

''Tetapi terserah kepadanya (Raja Petra) jika dia merasakan perlu buat (laporan polis), buatlah dan polis akan ambil tindakan berasaskan laporan yang dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan perbincangan dengan Asisten Komisioner Untuk Perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR), Erika Feller di sini, hari ini.

Semalam, Raja Petra mendakwa kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia itu mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan pasir membabitkan pemimpin pakatan pembangkang di Selangor.

Beliau mendakwa, ia berdasarkan pertemuannya dengan mendiang di United Kingdom pada Oktober 2009 atau sebulan sebelum kejadian itu, di mana Patrick berjanji untuk mengumpul maklumat mengenai penyelewengan pasir untuk disiar dalam Malaysia Today.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, dakwaan Raja Petra itu adalah sesuatu yang serius kerana ia berkaitan dengan perkara-perkara yang boleh menimbulkan spekulasi yang amat dahsyat.

''Ini kerana dakwaan itu berhubung kait dengan pasir yang pastinya melibatkan wang ringgit yang banyak. Saya hanya boleh memberi ulasan jika ia sampai ke peringkat rasmi (laporan polis)," katanya.

Mengenai kewajaran membawa pulang Hilmi Hazimin Malek yang kini ditahan di Batam, beliau berkata, ia bergantung kepada siasatan dan laporan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kematian Patrick tidak ditutup

Posted:

Kematian Patrick tidak ditutup

Kematian Patrick tidak ditutup

Oleh ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan kes kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) Datuk Patrick Wong pada 2009 tidak pernah ditutup dan siasatannya masih berjalan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, polis juga telah mengklasifikasikan ia sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sejak awal lagi.

"Kes ini tidak pernah ditutup dan siasatan mengenainya masih lagi berjalan. Kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas artikel bertajuk Episode 2: The Murder of a Whistleblower yang disiarkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin dalam portal berita online Malaysia Today.

Raja Petra mendakwa kematian Patrick Wong mempunyai kaitan dengan penyelewengan pasir membabitkan pemimpin pakatan pembangkang di Selangor.

Beliau turut mendakwa ada bertemu dengan mendiang di United Kingdom pada Oktober 2009 dan Patrick Wong telah berjanji untuk mengumpul maklumat mengenai penyelewengan tersebut.

Raja Petra turut percaya perompak bersenjata parang yang memecah masuk rumah mendiang di Bukit Bandaraya, Bangsar, ialah pembunuh yang diupah oleh pihak terbabit dalam penyelewengan pasir kerana bimbang isu rasuah tersebut didedahkan.

Dalam kejadian pada 19 November 2009 lalu, Patrick Wong, 57, yang ketika itu berada dalam bilik komputer dilaporkan maut apabila terjatuh dari balkoni, ketika cuba menyelamatkan diri selepas panik melihat dua daripada tiga perompak menyerbu tingkat atas rumahnya.

Bagaimanapun, anak perempuan dan lelaki Patrick Wong yang masing-masing berusia 18 dan 25 tahun serta pembantu rumah tidak diapa-apakan, sebaliknya perompak hanya melarikan dompet mangsa berisi ASD300 (RM1,018) dan telefon bimbit milik anak perempuan mendiang.

Sementara itu, Mohd. Bakri ketika dihubungi hari ini enggan mengulas mengenai kemungkinan Raja Petra akan diminta tampil membantu siasatan kes tersebut sekiranya mempunyai bukti.

"Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat diminta tampil tanpa mengira siapa," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan