Khamis, 9 Februari 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


RM2j untuk yayasan Kemas

Posted:

RM2j untuk yayasan Kemas

RM2j untuk yayasan Kemas


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan bekas-bekas anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Esah Mustafa, 71; Mesiah Ahmad, 62, dan Syed Abdul Wahab Syed Abdul Rahman, 64, semasa tiba pada Majlis Penyampaian Bayaran Khas kepada Bekas Anggota Kemas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam tadi. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 8 Feb. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi menubuhkan Yayasan Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Pengumuman itu dibuat pada majlis perjumpaan dan penyampaian bantuan khas kepada 2,500 kumpulan pertama bekas kakitangan kontrak Kemas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Pada majlis itu, bekas kakitangan kontrak tersebut menerima durian runtuh sebanyak RM3,000 seorang daripada kerajaan sebagai menghargai sumbangan mereka yang telah berkhidmat lebih lima tahun.

Ganjaran itu disampaikan dalam bentuk replika cek kepada pengerusi persatuan bekas anggota Kemas negeri-negeri.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan anugerah kepada tokoh-tokoh Kemas.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Bantuan itu adalah selaras dengan kenyataan Perdana Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2012 bahawa imbuhan secara sekali gus sebanyak RM3,000 akan diberikan kepada bekas kakitangan Kemas yang berkhidmat dengan jabatan itu melebihi lima tahun.

Semua bekas kakitangan kontrak yang layak boleh membuat permohonan dengan menggunakan borang yang boleh diperoleh di Ibu Pejabat Kemas, semua pejabat Kemas atau pejabat Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBKAM) atau laman web Kemas. – BERNAMA

Pencarum LTAT dapat 15% bonus, dividen

Posted:

Pencarum LTAT dapat 15% bonus, dividen

Pencarum LTAT dapat 15% bonus, dividen

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan pemberian bonus dan dividen sebanyak 15 peratus kepada semua pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk tahun kewangan 2011.

Beliau berkata, jumlah yang diberikan itu meningkat satu peratus berbanding 14 peratus pada tahun sebelumnya.

Ujarnya, pemberian bonus serta dividen itu merangkumi dividen biasa sebanyak tujuh peratus, bonus sebanyak satu peratus dan bonus khas sebanyak tujuh peratus dalam bentuk unit-unit amanah saham secara percuma kepada setiap pencarum aktif.

''Jumlah pembayaran bagi dividen dan bonus kali ini adalah sebanyak RM680.4 juta iaitu naik sebanyak 10.4 peratus berbanding RM616.3 juta pada tahun 2010,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan Ahmad Zahid berkata, pada keseluruhannya iaitu berdasarkan Penyata Kewangan Yang Belum Diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, LTAT telah berjaya mencatat jumlah pendapatan sebanyak RM862.7 juta.

Ujarnya, jumlah itu meningkat sebanyak 14.8 peratus berbanding RM751.5 juta pada tahun 2010 sekali gus merupakan rekod tertinggi keuntungan LTAT sejak ia ditubuhkan 39 tahun lalu.

''Pencapaian ini juga membuktikan kejayaan LTAT menguruskan dana dan pada masa sama mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam senario ketidaktentuan ekonomi global berikutan krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

''Selain keadaan ekonomi negara yang kukuh dan prestasi pasaran saham meningkat, pencapaian ini adalah hasil usaha pengurusan LTAT yang komited dalam membuat perancangan secara lebih teratur dan berkesan serta pemantauan berterusan terhadap portfolio pelaburannya,'' katanya.

Mengenai jumlah keseluruhan aset LTAT, beliau berkata, jumlahnya meningkat sebanyak 5.3 peratus iaitu daripada RM7.6 bilion pada tahun 2010 kepada RM8 bilion setakat 31 Disember 2011.

Pegawai kerajaan wajib serah gaji kepada isteri

Posted:

Pegawai kerajaan wajib serah gaji kepada isteri

Pegawai kerajaan wajib serah gaji kepada isteri

Oleh Saharudin Mushafa

GORONTALO 8 Feb. – Pemerintah wilayah Gorontalo di bahagian utara Kepulauan Sulawesi bakal mewajibkan gaji suami yang berjawatan pegawai jabatan kerajaan dipindahkan sepenuhnya ke akaun isteri masing-masing pada setiap bulan.

Dasar baru yang akan mula berkuat kuasa bulan depan diperkenalkan memandangkan kebanyakan isteri pegawai jabatan kerajaan tidak mengetahui jumlah gaji dan elaun yang diterima suami mereka.

Gabenor Gorontalo, Rusli Habibie berkata, pengenalan dasar itu kelak akan menjawab pertanyaan para isteri pegawai jabatan kerajaan yang sering mengeluh tidak mengetahui pendapatan suami mereka setiap bulan.

Katanya, melalui dasar baru itu, gaji suami yang bertugas sebagai pegawai jabatan kerajaan akan dipindahkan ke akaun peribadi isteri mereka.

Tujuan pelaksanaan dasar itu juga jelas Rusli, memberi peluang kepada para isteri memainkan peranan seaktif mungkin untuk memaksimumkan pendapatan suami bagi memenuhi keperluan keluarga.

Pada masa ini, pemerintah Gorontalo sedang mengemas kini data ribuan pegawainya yang sudah beristeri.

Sebaik selesai tugas mengemas kini data itu, setiap hari pertama dalam bulan baru, gaji suami pegawai jabatan kerajaan akan dipindahkan ke akaun isteri masing-masing.

Pengenalan dasar baru itu juga disifatkan sebagai satu tindakan positif oleh pegawai jabatan kerajaan yang sudah beristeri.

Dasar itu dilihat akan membantu pengelolaan urusan rumah tangga yang lebih baik selain isteri dapat membantu menguruskan kewangan suami mereka dengan lebih cekap. – UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan