Rabu, 8 Februari 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


‘Durian runtuh’ kaum India

Posted:

'Durian runtuh' kaum India

'Durian runtuh' kaum India

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
dan KAMIL MASLIH
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak disambut meriah ketika menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves, Gombak, Selangor, semalam. – UTUSAN/WAHIDIN SALIM


KUALA LUMPUR 7 Feb. – Masyarakat India di negara ini bakal mendapat 'durian runtuh' apabila kerajaan berjanji akan membuat pengumuman besar yang bertujuan membantu kaum minoriti itu tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ia sekali gus memberi kegembiraan berganda kepada masyarakat India yang menyambut Thaipusam hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan secara terperinci apakah pengumuman besar yang bakal dibuat dalam masa terdekat itu, sebaliknya menegaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mungkir janji.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India supaya menjadi rakan kongsi BN bagi membolehkan lebih banyak transformasi untuk kaum itu dilakukan kerajaan.

Katanya, konsep rakan kongsi itu perlu berasaskan kepada semangat 'nambikei' iaitu kepercayaan dan keyakinan kepada kerajaan agar segala usaha transformasi yang telah dirancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

"Ada satu lagi pengumuman besar akan dibuat dalam masa terdekat bagi membantu masyarakat India. Ini sebagai bukti keikhlasan dan keprihatinan kerajaan terhadap sumbangan kaum India terhadap kemajuan negara.

"Pada masa sama kita memerlukan rakan kongsi dan dengan konsep 'nambikei' banyak yang boleh dilakukan untuk membantu masyarakat India," katanya semasa berucap pada majlis sambutan Thaipusam di Batu Caves di sini hari ini.

Janji 'durian runtuh' itu kemudiannya disambut dengan tepukan gemuruh sebahagian besar daripada keseluruhan kira-kira 1.5 juta masyarakat India yang memenuhi pekarangan Batu Caves sejak awal pagi.

Hadir sama, Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel; timbalannya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Duta Khas ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Dalam pada itu, Najib memberitahu, pengumuman yang bakal dibuat adalah rentetan kepada siri bantuan sebelum ini yang telah banyak disalur kerajaan kepada masyarakat India selaras dengan janji rakyat diutamakan.

Sebagai contoh katanya, pada 2010, beliau meluluskan peruntukan RM3 juta untuk menceria kuil di Batu Caves dan memberi RM4 juta bagi membina bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Batu Caves.

Selain itu jelas Perdana Menteri, kerajaan juga meluluskan peruntukan RM340 juta bagi menaik taraf SJKT di seluruh negara sebelum menambah lagi sebanyak RM100 juta pada bajet 2012 yang dibentangkan baru-baru ini.

"Kerajaan tidak pernah mungkir janji dan saya bagi jaminan bahawa kerajaan BN tetap melaksanakan semua janji sama ada pada kaum India mahupun komuniti lain," katanya.

RM2 juta bina Pusat Kebudayaan India

Posted:

RM2 juta bina Pusat Kebudayaan India

RM2 juta bina Pusat Kebudayaan India

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Kaum India tidak pernah pulang hampa setiap kali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Kuil Batu Caves di sini yang menjadi simbol keagamaan dan kebudayaan masyarakat Hindu di negara ini.

Terbaru, Perdana Menteri sekali lagi bermurah hati apabila meluluskan peruntukan awal sebanyak RM2 juta kepada Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman untuk membina Pusat Kebudayaan India di Batu Caves.

"Kerajaan akan membantu dengan memberi bantuan secara berperingkat-peringkat supaya Pusat Kebudayaan India itu menjadi kenyataan," katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Thaipusam di sini hari ini.

Kehadiran beliau ke majlis itu merupakan kali ketiga Najib melawat Batu Caves dan sejak 2010 Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan RM3 juta bagi menceriakan kuil dan RM4 juta untuk membina bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Batu Caves.

Pusat Kebudayaan India itu apabila siap kelak bukan sahaja menjadi simbol keagamaan tetapi bakal menjadi tarikan terbaru kepada pelancong asing untuk melihat lebih dekat keharmonian beragama di negara ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman, Datuk R. Nadarajah berterima kasih kepada kerajaan yang sentiasa dan tanpa jemu mengambil berat tentang keperluan masyarakat India.

Katanya, bantuan awal sebanyak RM2 juta yang diluluskan Perdana Menteri membuktikan transformasi yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Najib mengambil kira denyut nadi semua masyarakat.

"Saya percaya masyarakat India akan terus memberi kepercayaan kepada Perdana Menteri yang dilihat begitu prihatin dengan nasib kami khususnya dalam meluluskan peruntukan untuk kuil dan SJKT," katanya.

Penahanan Helmi belum disahkan

Posted:

Penahanan Helmi belum disahkan

Penahanan Helmi belum disahkan

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my


Azmin Helmi


KUALA LUMPUR 7 Feb. – Kementerian Luar dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima pengesahan daripada pihak berkuasa Indonesia mengenai penahanan rakyat Malaysia yang diburu sejak tiga tahun lalu bagi membantu siasatan penyebaran gambar separuh bogel Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong.

Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, pihaknya telah menghubungi pihak berkuasa negara jiran itu untuk pengesahan bagaimanapun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan sehingga kini.

"Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan media hari ini dipercayai dipetik daripada sumber berita asing," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya juga belum menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai penahanan lelaki berusia 37 tahun tersebut sejak berita mengenainya disiarkan media asing.

"Lelaki itu masih dikehendaki polis Kuala Lumpur untuk membantu siasatan kes melibatkan Elizabeth yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor.

"Sekiranya benar ada tangkapan kami akan berurusan dengan pihak berkuasa Polis Republik Indonesia (Polri) melalui saluran tertentu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan beberapa akhbar hari ini yang menyiarkan berita berhubung penahanan seorang lelaki yang mendakwa sebagai anggota PKR.

Dalam laporan sebuah portal dari negara jiran itu Sabtu lalu, rakyat Malaysia tersebut yang dikenali sebagai 'Azmin Helmi', 37, ditahan oleh pegawai Imigresen Indonesia di Batam sehari sebelum itu kerana memiliki dokumen palsu.

Lelaki tersebut yang dikesan mempunyai alamat di Ampang, Selangor dan dilahirkan pada 27 Mac 1975 dikatakan mempunyai kad pengenalan Indonesia dan kad keluarga palsu dan dikeluarkan di Batam selain kad kelahiran palsu daripada Karimun.

Imigresen Batam pula dilaporkan memberitahu media bahawa Azmin yang menyatakan dia adalah anggota PKR telah memasuki Indonesia atas saranan keluarga dan parti tersebut, dengan menggunakan pasport Malaysia melalui pelabuhan Tanjung Balai di Karimun pada 15 Februari 2009.

Dia dikatakan memberitahu pegawai penyiasatan bahawa dia telah menjelajah ke serata Indonesia, melawat Pekanbaru, Jakarta selain tinggal di Cengkareng, Cingkawang dan Pondok Kelapa melebihi 30 hari tempoh visanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan