Ahad, 5 Februari 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


1Malaysia Corps bakal ditubuh

Posted:

1Malaysia Corps bakal ditubuh

1Malaysia Corps bakal ditubuh

Oleh HERMAN HAMID
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak diiringi Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan pelatih PLKN pada majlis Pelancaran Briged Sukarelawan Khidmat Negara di Felda Chini, Pekan, Pahang, semalam. - BERNAMA


PEKAN 4 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan menubuhkan satu angkatan sukarelawan nasional dikenali 1Malaysia Corps yang bakal menghimpunkan belia-belia yang aktif dalam pelbagai badan sukarela di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, 1Malaysia Corps yang akan dilancarkan secara besar-besaran tidak lama lagi itu bakal menjadi satu pasukan sukarelawan hebat yang mampu menjadi sendi kekuatan baru untuk negara.

Jelas beliau, prakarsa lebih besar ini berasaskan kejayaan penubuhan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) yang berjaya menghimpunkan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk terlibat dalam program kesukarelaan.

"Cuba bayangkan, kalau bekas pelatih PLKN sahaja kita ada 620,000 yang jika dicampur Rela, JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia), Rakan Muda dan kumpulan lain yang ingin bergabung dengan 1Malaysia Corps ini, maka kita mampu mewujudkan satu angkatan yang begitu hebat dan unggul.

"Kita anggap (1Malaysia Corps) sebagai sendi kekuatan baru untuk negara. Satu pasukan yang boleh kita guna untuk kebaikan dan kesejahteraan negara," katanya ketika berucap melancarkan BSKN di Padang Awam Bandar Dara Chini di sini hari ini.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr. Tiki Lafe.

Sementara itu, Najib berkata, kos untuk setiap pelatih PLKN yang mencecah RM8,200 sepanjang tiga bulan mereka menjalani latihan tidak pernah dianggap kerajaan sebagai satu perbelanjaan sebaliknya pelaburan bagi membangunkan modal insan.

Justeru, katanya, program ini tidak harus terhenti apabila pelatih tamat latihan sebaliknya, ujian paling besar adalah ketika mereka menjalani kehidupan sebagai bekas pelatih PLKN.

''Sebab itu BSKN ditubuhkan untuk memberi ruang kepada bekas pelatih menyumbang kepada negara. Umpamanya ketika berlaku kebakaran, banjir dan tanah runtuh, maka, saya harap ahli briged ini akan tampil menyumbang khidmat tenaga sukarela mereka.

''Malah, untuk kerja-kerja membersihkan kawasan dan menghijaukan persekitaran juga saya harapkan tenaga sukarela ini (BSKN) tampil membantu kerja-kerja amal yang menyumbang kepada kesejahteraan negara," jelasnya.

Tambah Najib, bekas pelatih PLKN juga digalakkan menawarkan diri menyertai Askar Wataniah atau kumpulan lain supaya dapat membangunkan konsep pertahan menyeluruh atau

Hanruh.

''Ini agar di kalangan rakyat kita sendiri menjadi pasukan ketiga dalam menentukan keselamatan dan kedaulatan negara kita," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Inisiatif kerajaan bertepatan konsep negara Madinah - PM

Posted:

Inisiatif kerajaan bertepatan konsep negara Madinah - PM

Inisiatif kerajaan bertepatan konsep negara Madinah - PM

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Kebajikan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan bagi memastikan masyarakat berbilang bangsa di negara ini kekal bersatu padu kerana ia teras kepada kejayaan agenda transformasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi tujuan itu, pelbagai inisiatif mesra rakyat yang bertepatan dengan konsep negara Madinah sebagaimana diasas Rasulullah SAW telah diperkenal dan dilaksanakan kerajaan.

Antaranya jelas beliau, kerajaan mewujudkan beberapa produk di bawah jenama 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia; Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M); Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA); dan Menu Rakyat 1Malaysia.

Selain itu, katanya, Amanah Saham 1Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia; Baucar Buku 1Malaysia (BB1M); Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan terbaru Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) turut diwujudkan.

"Semua inisiatif ini bertepatan dengan konsep negara Madinah yang diasaskan Rasulullah SAW dalam menjaga kebajikan rakyat," katanya sempena perutusan Maulidur Rasul di blognya, http://www.1Malaysia.com.my, hari ini.

Mengimbau kembali sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW, Najib berkata, Rasulullah telah berjaya membawa transformasi kepada ummah melalui kasih sayang dan keprihatinan baginda terhadap kesejahteraan mereka.

Tambahnya, hasil dakwah itu akhirnya muncul satu tamadun yang sangat hebat kepada ummah dan ia bertepatan dengan tema 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' untuk tahun ini, dalam usaha kerajaan menjayakan agenda transformasi.

Menyentuh mengenai persefahaman asas perpaduan, Perdana Menteri berkata, nilai itulah yang beliau ketengah melalui Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) bagi memupuk sifat kesederhanaan dan keseimbangan.

"Sememangnya keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum yang kita kecapi hari ini menjadi teladan kepada bangsa-bangsa lain di dunia, semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada kita semua," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Briged Sukarelawan Khidmat Negara dilancar

Posted:

Briged Sukarelawan Khidmat Negara dilancar

Briged Sukarelawan Khidmat Negara dilancar

PEKAN 4 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) di Padang Awam Bandar Dara, Chini di sini.

Briged yang merupakan idea Perdana Menteri sendiri itu ditubuhkan bagi membolehkan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menyumbang bakti kepada masyarakat dengan menjalankan kerja-kerja sukarela.

Briget itu bertujuan melahirkan remaja yang patriotik, menyemarakkan perpaduan kaum dan meningkatkan semangat kesukarelaan di kalangan masyarakat.

Pada majlis itu juga, lebih 10,000 orang hadir termasuk kira-kira 3,000 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari seluruh negara.

Selain itu, turut diadakan pameran daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk tentera, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan bomba.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr. Tiki Lafe dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Sementara itu, seorang ahli BSKN, Nabilla Mohamad Ramlan, 24, berkata, dia berasa amat gembira dapat menyertai briged itu kerana dapat membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

"Saya bersedia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan pada bila-bila masa agar apa yang saya belajar di PLKN dahulu dapat digunakan kembali," kata mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu.

Bagi Nur Hanis Ramli, 19, pula berkata, briged itu akan dapat menyatukan kembali bekas-bekas pelatih PLKN di seluruh negara untuk bersama-sama membantu membuat kerja sukarela.

"Selain melakukan kerja sukarela, penubuhan briged ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim antara bekas PLKN selain dapat meningkatkan semangat patriotik mereka," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan