Isnin, 20 Februari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


500 mulakan pengajian dii KUIST April ini

Posted:

500 mulakan pengajian dii KUIST April ini

500 mulakan pengajian dii KUIST April ini

20/02/2012 7:18pm

BACHOK — Kolej Universiti Islam Sains dan Teknologi (KUIST) akan memulakan sesi pengajiannya April ini dengan pengambilan sulung seramai 500 penuntut dalam bidang psikologi dan syariah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST), Taib Abdul Rahim berkata, KUIST, yang diluluskan Kementerian Pengajian Tinggi akhir tahun lepas, akan beroperasi di kampus sementaranya di Kota Baharu.

Beliau berkata, KIST membelanjakan RM200 juta bagi penubuhan KUIST dan menyasarkan pengambilan 10,000 penuntut dari dalam dan luar negara bagi mengikuti 17 bidang pengajian di peringkat sarjana muda, sarjana serta doktor falasafah.

Katanya, bagi pelajar luar negara, KUIST akan lebih menumpukan kepada negara yang mempunyai ramai bilangan penduduk beragama Islam seperti Indonesia, Thailand, Kemboja dan Brunei.

Taib juga berkata, kampus tetap KUIST sedang dibina di kawasan seluas 16 hektar di Kampung Sungai Gali dan akan dilengkapi pelbagai kemudahan asas termasuk asrama, bilik kuliah serta bangunan pentadbiran.

Beliau berkata, sejumlah 3,000 penuntut KIST di peringkat diploma dan sijil dalam bidang kejururawatan serta farmasi akan diberi peluang melanjutkan pengajian mereka di KUIST. — BERNAMA

Remaja ditahan ugut sebar gambar bogel

Posted:

Remaja ditahan ugut sebar gambar bogel

Remaja ditahan ugut sebar gambar bogel

20/02/2012 7:16pm

DUNGUN — Seorang remaja yang dipercayai menyamar sebagai penguat kuasa agama yang memukul dan mengarahkan sepasang kekasih berbogel untuk dirakamkan aksi mereka ketika mangsa memadu asmara di Pantai Sura Hujung, di sini, berjaya ditahan.

Manakala dua lagi rakan suspek masih diburu.

Selain bertindak memukul dan merakam gambar bogel mangsa, suspek berumur 18 hingga 20-an itu turut mengugut pasangan kekasih itu supaya membayar sebanyak RM2,000 sekiranya tidak mahu gambar bogel mereka disebarkan dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, pasangan kekasih berumur 20-an yang berada di dalam kereta didatangi tiga lelaki berkenaan.

Pasangan terbabit yang cemas kemudiannya membiarkan ketiga-tiga lelaki terbabit memasuki keretanya dan suspek dikatakan turut memukul serta memaksa pasangan itu menanggalkan pakaian.

Kedua-dua mangsa juga turut mengikut arahan suspek yang merakam gambar bogel mereka dengan telefon bimbitnya.

Selepas merakamkan aksi bogel terbabit, suspek kemudiannya meminta wang tunai sebanyak RM2,000 dimasukkan ke dalam akaunnya bagi mengelak gambar mereka disebar kepada umum.

Mangsa bagaimanapun mendakwa tidak mempunyai wang memandangkan waktu itu bank telah tutup dan selepas berbincang, suspek bersetuju dengan cadangan mangsa yang meminta diberi sedikit masa untuk menjelaskan wang itu pada keesokan harinya.

Suspek kemudiannya melepaskan pasangan terbabit sebelum kedua-dua mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk membuat laporan.

Keesokan harinya mangsa menghubungi suspek untuk bertemu di lokasi di mana mereka ditahan dan ketika tiba di tempat kejadian, kira-kira pukul 9 malam, suspek diserbu polis dan berlaku pergelutan dalam usaha suspek meloloskan diri.

Suspek yang berusia 18 tahun itu berjaya ditahan sebelum dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut manakala dua rakannya itu berjaya melarikan diri. — BERNAMA

Latiff Ibrahim meninggal dunia di IJN

Posted:

Latiff Ibrahim meninggal dunia di IJN

Latiff Ibrahim meninggal dunia di IJN

20/02/2012 7:01pm

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Penyanyi dan pelakon era 70-an, Latiff Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara, di sini pada pukul 5.50 petang tadi akibat komplikasi jantung.

Jenazah beliau akan dibawa ke Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk urusan pengkebumian. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan