Ahad, 19 Februari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Minyak masak bersubsidi RM16,000 dirampas

Posted:

Minyak masak bersubsidi RM16,000 dirampas

Minyak masak bersubsidi RM16,000 dirampas

19/02/2012 8:03pm

MELAKA - Anggota pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Melaka berjaya merampas 6.4 tan minyak masak bersubsidi bernilai RM16,000 dalam operasi di salah sebuah premis di sini semalam.

Pengarahnya, Muhabir Ibrahim berkata, melalui rampasan tersebut, PPDNKK berjaya menyelamatkan wang subsidi kerajaan berjumlah RM8,960.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, rampasan itu dilakukan dalam operasi oleh empat anggota penguatkuasa di salah sebuah premis hasil maklumat orang ramai pada pukul 5 petang semalam.

Minyak bersubsidi yang dirampas itu terdiri daripada 80 karton bagi berat satu kilogram dan 525 karton bagi berat lima kilogram.

Beliau berkata, dua lelaki turut ditahan bagi membantu siasatan kerana memiliki stor penyimpanan tanpa kelulusan dan dipercayai untuk tujuan penyelewengan.

Katanya, premis itu pula didapati tidak dilesenkan sebagaimana yang dikehendaki mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Jika sabit kesalahan, pemilik premis berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM250,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Muhabir berkata, orang ramai terutamanya pengguna dan peruncit yang menghadapi masalah mendapatkan bekalan minyak masak, boleh menyalurkan maklumat ke pejabat PPDNKK Melaka di talian 06-2345882 atau bilik gerakan di talian 06-2345869 atau 1800-886-800 agar tindakan segera dapat diambil bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan diperoleh dengan mudah. - BERNAMA

2 lelaki disimbah asid ketika tidur

Posted:

2 lelaki disimbah asid ketika tidur

2 lelaki disimbah asid ketika tidur

19/02/2012 7:51pm

MARANG - Seorang remaja yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seorang rakannya melecur setelah disimbah cecair, dipercayai asid, dalam satu insiden awal pagi ini di Kampung Padang Merchang di sini.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.10 pagi ketika Mohd. Fadzil Hanafi Idrus, 18, dan Shahurzaman Salim, 38, sedang nyenyak tidur bersama empat lagi rakan mereka di sebuah rumah bujang selepas menonton perlawanan bola sepak di televisyen.

Mohd. Fadzil melecur di bahagian muka, badan serta kaki manakala Shahurzaman yang bekerja sebagai nelayan, cedera di muka serta mata, dan mereka kini dirawat di unit kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dilaporkan stabil.

Seorang penyewa di rumah itu, Mohd. Harmizi Hussin, 29, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan dihubungi seorang rakannya mengenai kejadian tersebut.

"Setibanya di rumah, saya terkejut melihat keadaan Mohd. Fadzil yang melecur di muka sambil menggelupur menjerit kesakitan.

"Saya terus menghantar kedua-dua mangsa ke Klinik Kesihatan Mercang sebelum mereka kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah," katanya.

Mohd. Harmizi, seorang pemandu bas kilang, berkata, Mohd. Fadzil biasa datang ke rumah sewanya untuk menonton perlawanan bola sepak.

"Saya percaya suspek melontar cecair berkenaan melalui tingkap yang tidak ditutup dan kebetulan pula Mohd. Fadzil dan Shahurzaman tidur di atas katil berhampiran tingkap tersebut," katanya.

Pada mulanya, Mohd. Harmizi menyangkakan cecair itu adalah sejenis minyak namun sangkaannya meleset setelah melihat kesan terbakar pada tilam dan kain pelekat yang dipakai Mohd Fadzil. - BERNAMA

8 suspek ditahan kes bunuh pemandu lori

Posted:

8 suspek ditahan kes bunuh pemandu lori

8 suspek ditahan kes bunuh pemandu lori

19/02/2012 7:27pm

PETALING JAYA - Polis menahan lapan suspek, termasuk isteri mangsa dalam kes pembunuhan seorang pemandu lori di rumahnya di Flat Taman Petaling Utama, Jalan PJS 1/52 Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, motif pembunuhan dipercayai mempunyai kaitan dengan hubungan isteri mangsa yang berusia 34 tahun dengan seorang lelaki berumur 22 tahun yang dihalang mangsa.

Arjunaidi berkata, empat remaja termasuk dua pelajar sekolah menengah yang ditahan polis sehari selepas kejadian mendakwa, isteri mangsa merancang pembunuhan itu dan berpakat dengan teman lelakinya untuk mengupah mereka melakukan perbuatan tersebut serta menjanjikan bayaran RM5,000 untuk setiap orang.

"Pada hari mangsa dibunuh, empat remaja terbabit bersama teman lelaki isteri mangsa telah masuk ke dalam rumah dengan bantuan isteri mangsa yang membuka pintu sebelum menyerang mangsa yang sedang tidur," katanya.

Beliau berkata, mangsa mati akibat kecederaan parah di belakang badan dan tangan setelah diserang dengan sebilah parang.

"Polis turut menahan ibu bapa suspek utama (teman lelaki isteri mangsa) bagi membantu siasatan berikutan mereka merupakan jiran mangsa dan dipercayai membantu kedua-dua suspek utama merancang komplot pembunuhan itu," katanya.

Arjunaidi berkata, semua suspek direman selama seminggu mulai semalam dan polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan itu. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan