Ahad, 12 Februari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Kerajaan Perak bantu usahawan muda

Posted:

Kerajaan Perak bantu usahawan muda

Kerajaan Perak bantu usahawan muda

12/02/2012 6:51pm

LUMUT — Kerajaan negeri Perak menerusi Yayasan Bina Upaya (YBU) akan bekerjasama dengan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BePU) Pemuda UMNO serta Persatuan Francais Malaysia (MFA) bagi melahirkan lebih ramai usahawan muda di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, bagi tujuan itu YBU menerusi program Belia Niaga Aman Jaya bersedia memperuntukkan pinjaman RM5,000 sebagai modal permulaan kepada belia yang berminat.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Francais 1Malaysia Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung dekat sini, hari ini.

Program tersebut dianjurkan oleh BePU Pemuda Umno dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia; Persatuan Pedagang-pedagang Melayu Malaysia (Perdasama) Muda Malaysia; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan (KPDNKK); serta Persatuan Francais Malaysia (MFA). — BERNAMA

Projek tebatan banjir RM560j di Perlis

Posted:

Projek tebatan banjir RM560j di Perlis

Projek tebatan banjir RM560j di Perlis

12/02/2012 4:58pm

KANGAR — Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Perlis bernilai RM560 juta akan membabitkan pembinaan Lencongan Barat, menaik taraf empangan Timah Tasoh dan projek tebatan banjir Sungai Arau, kata Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Zoal Azha Yusof.

Beliau berkata, projek pembinaan Lencongan Barat itu akan mengalirkan lebihan air daripada empangan Timah Tasoh terus ke laut dengan lebih lancar.

Projek menaik taraf empangan Timah Tasoh pula akan meningkatkan kapasiti takungan empangan itu daripada 33 juta liter padu kepada 87 juta liter padu, katanya kepada pemberita di empangan Timah Tasoh dekat sini selepas meninjau kerja-kerja awal RTB di kawasan Chuping, Arau dan Beseri.

Sebelum itu, beliau mendengar taklimat mengenai projek itu yang disampaikan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, Ir. Nishad Mohamed Mohd Shaffy.

Tanpa menyatakan bila projek RTB itu akan siap, katanya, projek itu apabila siap kelak akan memberikan keselesaan kepada penduduk di kawasan yang sering diancam bencana alam itu sebelum ini. — BERNAMA

Peniaga tidak puas hati pasar ditutup

Posted:

Peniaga tidak puas hati pasar ditutup

Peniaga tidak puas hati pasar ditutup

12/02/2012 3:39pm

KUALA NERANG — Kira-kira 400 peniaga pasar sehari Pekan Naka dekat sini mempertikai dan tidak berpuas hati dengan tindakan Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) menutup sementara pasar itu selama tiga minggu bermula Ahad minggu lepas.

Tindakan itu dikatakan telah menjejas perniagaan mereka justeru semua peniaga meminta agar notis penutupan pasar ditarik balik atau setidak-tidaknya menyediakan tempat baru untuk mereka terus berniaga.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya mengadakan perjumpaan dengan semua peniaga terbabit membantu mencari penyelesaian terhadap masalah mereka.

Beliau mencadangkan jika perlu peniaga berkenaan menuntut ganti rugi daripada pihak terbabit atau mendapatkan bantuan daripada pihak yang benar-benar mahu menjaga kebajikan peniaga Melayu.

"Kerajaan negeri dilihat cuba menindas peniaga Melayu. Mana janji mereka yang hendak melaksanakan negara kebajikan," katanya.

Mohd. Ridzuan berkata, pihaknya akan membuat surat kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah memohon sumbangan membantu meringankan beban peniaga berkenaan. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan