Jumaat, 10 Februari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Bekas eksekutif akaun didakwa pecah amanah

Posted:

Bekas eksekutif akaun didakwa pecah amanah

Bekas eksekutif akaun didakwa pecah amanah

10/02/2012 6:58pm

SHAH ALAM - Seorang bekas eksekutif akaun wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 28 pertuduhan pecah amanah dan menggunakan cek palsu membabitkan nilai RM131,894.23.

Tan Ai Lian, 43, dari Kampung Idaman Pandamaran, Pelabuhan Klang, dekat sini, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Fadhir Harun.

Ai Lian bekas eksekutif akaun Syarikat Agronite Ultrafina Minerals Sdn Bhd, didakwa melakukan 14 kesalahan pecah amanah dan 14 kesalahan menggunakan cek palsu di premis syarikat itu di alamat Lot 10, Jalan Selat Selatan 14, Pandamaran, Klang, antara 29 Dis 2006 hingga 24 April 2007.

Bagi tuduhan pecah amanah, Ai Lian yang ditangkap pada 9 Februari lepas, didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan menggunakan cek palsu, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd Fadhir membenarkan Tan dibebaskan dengan jaminan RM25,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 9 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Beliau turut memerintahkan agar pasport tertuduh ditahan di mahkamah sehingga kes itu selesai.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya C.Vignesh Kumar sementara Tan diwakili peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman. — BERNAMA

Polis KL cari saksi kes jenayah

Posted:

Polis KL cari saksi kes jenayah

Polis KL cari saksi kes jenayah

10/02/2012 6:03pm

KUALA LUMPUR — Polis mahu seorang saksi utama hadir dalam kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Kuala Lumpur Jumaat depan di bawah kes Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) dalam satu kenyataan berkata, Al Amin Miah, warganegara Bangladesh yang memegang pasport A09066690 diminta hadir ke mahkamah tersebut pada pukul 9 pagi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali penama ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Yap Huat Tian ditalian 03-2146 0708.

Maklumat juga boleh disalurkan ke Pusat Kawalan IPK KL di talian 03-2146 0584 atau 03-2146 0585 selepas waktu pejabat, Hotline Rakan Cop Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, melalui SMS ke talian 32728 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. — BERNAMA

Wanita Thailand digantung edar kokain

Posted:

Wanita Thailand digantung edar kokain

Wanita Thailand digantung edar kokain

10/02/2012 5:56pm

SHAH ALAM - Seorang wanita warga Thailand dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kokain seberat 765.9 gram dengan cara menelannya dua tahun lepas.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan Raveeploy Sangkam, 28, dari Bangkok gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tandas bilik Wad 6B, Hospital Serdang, antara 6.35 petang 5 November dan 11.05 malam 8 November 2010.

Wanita itu, yang telah bercerai dan mempunyai tiga orang anak, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam penghakimannya, Noor Azian berkata, berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL melalui penerbangan dari Buenos Aires, Argentina. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan