Khamis, 9 Februari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Penganggur didakwa tipu pegawai SPRM

Posted:

Penganggur didakwa tipu pegawai SPRM

Penganggur didakwa tipu pegawai SPRM

09/02/2012 9:39pm

SHAH ALAM 9 Feb. - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menipu seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urusan melanjutkan pas lawatan sementara warganegara Indonesia, tiga tahun lalu.

Mohamad Zaidi Baba, 50, didakwa menipu Bulkini Paharuddin dengan memperdayakan mangsa bahawa kononnya dia boleh melanjutkan pas lawatan sementara milik Mohamad Zain Basirun yang tamat tempoh pada 9 Ogos 2007.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kedai makan Osman Bistro, No. 24, Lorong Gudang Nenas 3, Jalan Pasar, Klang dekat sini pada pukul 5.45 petang, 17 Jun 2009.

Tertuduh juga didakwa menipu Bulkini pada masa dan tempat yang sama dengan mengatakan maklumat pasport Mohamad Zain dan Elly Herawati Saidin ada dalam data kemasukan sistem komputer Jabatan Imigresen sedangkan nama mereka tidak ada dalam sistem tersebut.

Pendakwaan terhadap Mohamad Zaidi dikendalikan oleh pegawai pendakwa dari SPRM, Adzuan Adzhar mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Hakim M. Bakri Abd. Majid membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 beserta seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 28 Februari ini. - UTUSAN

Buruh didakwa bunuh pembantu kedai kain

Posted:

Buruh didakwa bunuh pembantu kedai kain

Buruh didakwa bunuh pembantu kedai kain

09/02/2012 9:20pm

KUALA TERENGGANU — Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membunuh pembantu kedai kain, 1 Feb. lalu.

Albert a/k Majang, 23, berasal dari Melikin, Serian, Sarawak didakwa membunuh Wan Manisah Wan Mansurdi tingkat bawah kedai UB Textiles Sdn Berhad, Lot, PT 3502(7), Pusat Niaga Paya Keladi, di sini, pada pukul 8 malam tarikh tersebut.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh hanya tersenyum dan mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan. Majistret Abdul Hayyi Salim menetapkan 18 Mac ini untuk sebutan semula kes. Tiada jaminan ditawarkan. — BERNAMA

Pinjaman AUCMS untuk pemohon kursus perubatan

Posted:

Pinjaman AUCMS untuk pemohon kursus perubatan

Pinjaman AUCMS untuk pemohon kursus perubatan

09/02/2012 9:19pm

GEORGE TOWN — Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang gagal memperoleh biasiswa bagi mengikuti kursus perubatan hari ini dipelawa memohon pinjaman dana Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS).

AUCMS dalam satu kenyataan hari ini berkata, kolej perubatan itu mempunyai dana sebanyak RM50 juta untuk pinjaman pengajian dan pelajar lepasan SPM yang berminat perlu memperoleh sekurang-kurangnya B dalam semua subjek Sains manakala lepasan STPM atau Matrikulasi hanya perlu melepasi tiga pointer.

Bagi lulusan SPM yang layak boleh memohon kursus setahun pra-perubatan AUCMS manakala lepasan STPM, Matrikulasi atau yang setaraf dengannya boleh terus mengikuti ijazah perubatan dengan pinjaman dana AUCMS atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Kenyataan itu juga berkata, pelajar yang lulus dengan cemerlang pula boleh memilih untuk melanjutkan ijazah perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (MD UKM di AUCMS) atau program-program berkembar dengan University College Cork di Ireland, National University Ireland di Galway dan Universitas Sumatera Utara.

Orang ramai yang ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh melayari laman web AUCMS www.allianzeunicollege.edu.my. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan