Rabu, 8 Februari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Tindakan FAM gantung 11 pemain wajar

Posted:

Tindakan FAM gantung 11 pemain wajar

Tindakan FAM gantung 11 pemain wajar

08/02/2012 10:30pm

SEREMBAN — Tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggantung 11 pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan daripada sebarang aktiviti bola sepak tempatan kerana terlibat dengan skandal rasuah adalah wajar bagi menyelamatkan industri bola sepak negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu juga diharap dapat menjadi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat dalam sukan bola sepak termasuk pemain dan pegawai agar menjauhi aktiviti tidak bermoral tersebut.

"FAM membuat keputusan itu supaya isu menjual permainan ini diambil serius jadi saya harap semua pegawai dan pemain dapat mengambil iktibar.

"Jika FAM tidak mengambil keputusan tegas seperti ini semua orang akan mengambil ringan mengenai isu rasuah dan seterusnya akan menyebabkan industri bola sepak kita akan musnah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama penduduk Kampung Abuk, di sini hari ini. — BERNAMA

Culik: Polis Sabah bersedia hadapi ancaman

Posted:

Culik: Polis Sabah bersedia hadapi ancaman

Culik: Polis Sabah bersedia hadapi ancaman

08/02/2012 10:25pm

LABUAN — Polis Sabah sentiasa membuat pemantauan dan bersedia menghadapi rancangan pengganas untuk melakukan penculikan di perairan negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian pelancong asing di culik di luar perairan Pulau Sipadan patut dijadikan pengajaran bahawa aspek keselamatan tidak boleh dipandang ringan.

Beliau berkata, demikian bagi mengulas amaran kerajaan Australia kepada pengembara baru-baru ini supaya lebih berjaga-jaga terhadap kemungkinan pengganas terus merancang melakukan penculikan di perairan Sabah.

Katanya, tanggungjawab menjaga keselamatan perairan Malaysia tidak hanya terletak di bahu polis semata-mata, tetapi juga agensi penguatkuasaan lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkataan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Kastam.

"Kami sentiasa bekerjasama demi kepentingan negara. Kami juga sentiasa bersedia sekiranya ini (penculikan) berlaku. Kami sedang memperkemas dan meningkatkan kawalan keselamatan," katanya selepas menghadiri mesyuarat polis bantuan yang dihoskan Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB). — BERNAMA

Kes mahasiswa ugut PM selesai lagi 2 minggu

Posted:

Kes mahasiswa ugut PM selesai lagi 2 minggu

Kes mahasiswa ugut PM selesai lagi 2 minggu

08/02/2012 9:15pm

GEORGETOWN - Polis yakin dapat menyelesaikan siasatan kes seorang mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laman sosial Facebook dalam tempoh dua minggu lagi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, setakat ini polis masih menunggu laporan penuh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum mengemukakan hasil siasatan kepada pendakwa raya.

"Pelajar terbabit masih dalam jaminan polis. Kita tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadapnya sehingga pelajar itu dibuktikan bersalah oleh mahkamah," katanya di sini hari ini.

Penuntut berusia 24 tahun itu ditahan polis pada 15 Januari lalu dikatakan telah menulis status dalam laman sosialnya yang berbunyi "Najib is coming to our campus... lets bomb his helicopter".

Ayub turut menggesa masyarakat agar tidak terus menghukum dan memberi tekanan kepada pelajar berkenaan dengan memberi pelbagai label negatif terhadapnya sehingga dia terbukti bersalah. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan