Isnin, 20 Februari 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Isteri maut selepas kelar suami

Posted:

Isteri maut selepas kelar suami

Isteri maut selepas kelar suami

Oleh NOOR HASLIZA NUSIhasliza.nusi@kosmo.com.my

MAYAT Jian Min (gambar kecil) terbaring selepas dikatakan terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Lintang Paya Terubong, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Pergaduhan sepasang suami isteri yang dikatakan berpunca akibat kehadiran orang ketiga berakhir selepas suri rumah terbabit ditemui maut setelah terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Lintang Paya Terubong, Air Itam di sini semalam.

Mangsa, Qie Jian Min, 37, yang merupakan seorang warganegara China dijumpai dalam keadaan terbaring tanpa kesan darah di tepi bangunan berkenaan kira-kira pukul 1.10 pagi.

Pada masa yang sama, hasil pemeriksaan polis di rumah mangsa pula mendapati suaminya yang ingin dikenali sebagai Ah Hin, 44, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil bilik tidurnya dengan kesan darah dipercayai dikelar isterinya menggunakan sebilah pisau.

Jian Min maut selepas dikatakan cuba melarikan diri melalui tingkap rumahnya sebelum tergelincir dan terjatuh dari bangunan setinggi 28.5 meter.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

‘Saya pernah cinta Elizabeth’

Posted:

'Saya pernah cinta Elizabeth'

'Saya pernah cinta Elizabeth'


IBU pejabat Polresta Barelang, Batam, Kepulauan Riau tempat Hilmi Hazimin Malek ditahan bagi membantu siasatan kes pemalsuan dokumen.


BATAM, Indonesia – Hilmi Hazimin Malek, rakyat Malaysia yang ditangkap di sini kerana terbabit dalam kes pemalsuan dokumen pengenalan diri, mengaku dia pernah bercinta dengan Elizabeth Wong tetapi menafikan dia menyebarkan gambar-gambar kontroversi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan itu.

Dalam satu temu bual eksklusif dengan Kosmo! di sini semalam, Hilmi enggan mengaku mahupun menafikan mengenai dakwaan bahawa dia merakam gambar-gambar kontroversi Elizabeth, wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang tersebar di Internet pada Februari 2009.

Hilmi memberitahu Kosmo!, dia tidak sejahat seperti yang sesetengah pihak di Malaysia fikirkan mengenai dirinya.

Menurut lelaki berusia 37 tahun itu, gambar-gambar Elizabeth, bekas kekasihnya yang berusia 40 tahun, tersebar dalam Internet tidak lama selepas telefon bimbit miliknya hilang.

"Saya tidak tahu siapa yang sebarkan. Yang saya tahu telefon bimbit itu sudah lama hilang," cerita Hilmi yang terkejut dengan kehadiran wartawan Kosmo! di Batam semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

CUEPACS minta kekalkan tunggakan SBPA 1 Januari

Posted:

CUEPACS minta kekalkan tunggakan SBPA 1 Januari

CUEPACS minta kekalkan tunggakan SBPA 1 Januari

PUTRAJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Januari lalu dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.

Presidennya, Datuk Omar Osman (gambar) berkata, permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Januari tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.

"Jadi permintaan CUEPACS adalah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari itu dikekalkan. Itu yang kita mahu.

"Ia berdasar perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian dalam tempoh tiga bulan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan