Sabtu, 18 Februari 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Wanita Melayu dalang keldai dadah

Posted:

Wanita Melayu dalang keldai dadah

Wanita Melayu dalang keldai dadah

SITI BAYA dan Penguasa Kastam KLIA, Mohd. Farhan Izhar menunjukkan hasil rampasan dadah jenis syabu seberat 3.3 kilogram bernilai RM825,000 di Sepang semalam.


SEPANG – Tiada sesiapa yang menyangka dalang satu sindiket yang disyaki menggunakan enam keldai dadah untuk menyeludup 75 kilogram (kg) barangan terlarang bernilai RM18.7 juta itu sejak empat bulan lalu rupa-rupanya seorang wanita Melayu berusia 43 tahun.

Dengan berselindungkan statusnya sebagai pemilik sebuah agensi pelancongan, wanita itu bersama teman lelakinya, seorang pelajar kolej warga Nigeria berusia 28 tahun merancang operasi sindiket terbabit dengan begitu berjaya sehingga dapat membolosi kawalan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang sebanyak 25 kali dalam tempoh empat bulan lalu.

Mereka melatih enam rakyat tempatan, lima lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya berusia dalam lingkungan 20-an untuk menjadi keldai dadah dan pada masa yang sama, bekerja di agensi pelancongan terbabit.

Setiap seorang daripada keldai dadah itu disyaki telah keluar negara sebanyak empat atau lima kali sejak empat bulan lalu.

Mereka kemudian membawa masuk dadah dalam bagasi masing-masing dengan menyalahgunakan kemudahan lorong hijau di KLIA untuk melepasi pemeriksaan Kastam.

Bagaimanapun, taktik licik mereka berakhir selepas dua daripada keldai dadah itu ditahan ketika mahu menyerahkan hasil penyeludupan terbaharu kepada wanita tersebut dan kekasihnya di sebuah rumah di Kepong pada 14 Februari lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jamin BR1M untuk OKU, warga tua

Posted:

Jamin BR1M untuk OKU, warga tua

Jamin BR1M untuk OKU, warga tua

BACHOK – Kerajaan memberi jaminan bahawa orang kelainan upaya (OKU) dan pesakit kronik termasuk yang terlantar di hospital mahupun di rumah tetap akan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) walaupun mereka tidak dapat hadir sendiri ke pusat-pusat agihan yang telah ditetapkan.

Mereka yang tidak dapat tampil ke pusat-pusat berkenaan kerana masalah kesihatan itu juga tidak akan sewenang-wenangnya dianggap menolak pemberian kerajaan tersebut.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, usaha untuk menyampaikan BR1M kepada rakyat yang menghadapi masalah kesihatan sedang diuruskan berdasarkan senarai nama penerima yang layak tetapi masih tidak menuntut wang sumbangan berjumlah RM500 itu.

"Pihak urusetia akan melaksanakan pendekatan mesra rakyat dengan menyampaikan BR1M ke rumah mereka. Bagaimanapun, mereka atau keluarga terdekat mesti melaporkan kepada urusetia di kawasan masing-masing dengan memberi alamat rumah yang tepat," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian BR1M di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Telaga di sini, semalam.

Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas kesulitan sebahagian penerima khususnya pesakit, OKU dan warga tua yang terpaksa dipapah oleh jiran dan saudara-mara untuk hadir ke pusat-pusat berkenaan bagi menerima bantuan itu.

Pikat pelanggan guna tarian kandang

Posted:

Pikat pelanggan guna tarian kandang

Pikat pelanggan guna tarian kandang


SUASANA dalam sebuah kelab hiburan yang diserbu kerana beroperasi tanpa lesen serta menawarkan tarian tiang serta tarian kandang di Kuala Lumpur awal pagi semalam.


KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini banyak pemilik pusat hiburan menggunakan wanita asing termasuk pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dari China untuk melakukan aksi ghairah tarian tiang, kini ada premis cuba menarik pelanggan menerusi kaedah baharu.

Mereka menggunakan wanita tempatan untuk aksi tarian dalam kandang.

Aksi wanita berpakaian menjolok mata menari di dalam kandang itu bagaimanapun terhenti kira-kira pukul 1 pagi semalam apabila premis hiburan yang baru sebulan beroperasi di Jalan P. Ramlee di sini itu diserbu oleh sepasukan anggota Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 1 pagi semalam.

Dalam operasi itu, polis menemui dua kandang besi setinggi empat meter diletakkan bersebelahan pentas menari.

Pada waktu itu, kelihatan beberapa orang gadis tempatan yang hanya memakai coli dan seluar singkat paras paha menghiburkan pengunjung dengan mempamerkan tarian tiang dan menari di dalam kandang.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mohd. Isa berkata, pihaknya telah menahan enam wanita tempatan berusia 22 tahun hingga 25 tahun untuk tindakan lanjut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan