Jumaat, 17 Februari 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Semak semula perbankan Islam

Posted:

Semak semula perbankan Islam

Semak semula perbankan Islam

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my

MAJORITI institusi kewangan kini menawarkan sistem perbankan Islam sebagai alternatif yang semakin popular kepada pelanggan. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan diminta mengkaji semula syarat-syarat dan terma yang diguna pakai dalam sistem perbankan Islam yang didakwa membebankan pengguna.

Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, saranan itu dibuat ekoran persepsi yang semakin meluas bahawa sistem pengiraan kadar keuntungan yang digunakan dalam sistem perbankan Islam yang diamalkan oleh bank-bank dilihat mengaut keuntungan berlebihan.

Katanya, sejak tahun 2003 sehingga kini, persatuan itu telah menerima kira-kira 4,000 aduan mengenai ketidakpuasan hati pelanggan terhadap sistem perbankan Islam di negara ini.

"Satu kes yang kami terima berlaku apabila seorang pelanggan telah membeli sebuah rumah pada harga lebih RM200,000 dan membayar secara tetap selama dua tahun, namun pada tahun ketiga dia mengalami masalah dan tidak dapat membayar ansuran.

"Apa yang berlaku ialah bank telah menyamannya kerana gagal membayar pinjaman lebih RM600,000 iaitu selepas mengira nilai pinjaman selama 30 tahun.

"Tindakan itu keterlaluan sampai pelanggan bank tersebut diisytiharkan bankrap,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Belia perlu ubah sikap

Posted:

Belia perlu ubah sikap

Belia perlu ubah sikap

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my


GOLONGAN muda berhak menentukan masa depan negara dengan mengundi. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Golongan muda perlu menanam sifat patriotik dalam diri untuk mendaftar sebagai pengundi sebagaimana fanatiknya mereka terhadap bola sepak yang merupakan sukan nombor satu negara.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamad Rapie berkata, sudah tiba masanya untuk golongan tersebut melihat proses pilihan raya amat penting dalam menentukan teraju utama pimpinan negara.

Beliau berkata, jika dalam sukan bola sepak, semangat yang ditunjukkan golongan muda negara ini amat tinggi sehingga sanggup memenuhi stadium dalam menyaksikan sesuatu perlawanan, mengapa tidak dalam bidang lain.

"Bukankah lebih baik semangat fanatik itu diterapkan dalam diri mereka ketika mahu mendaftar sebagai pemilih seterusnya memenuhi segenap ruang kawasan mengundi," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

BR1M tiada unsur politik – TPM

Posted:

BR1M tiada unsur politik – TPM

BR1M tiada unsur politik – TPM


MUHYIDDIN melambai tangan kepada orang ramai selepas majlis penyerahan BR1M di Jinjang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dibuat bukan atas faktor politik dan ia juga bukti ekonomi negara berada pada kedudukan yang kukuh.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bantuan itu tidak dibuat secara sesuka hati kerana ia sebenarnya berdasarkan faktor keperluan rakyat yang diintai pada sesi turun padang yang dilaksanakan kerajaan selama ini.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sudah kata pemberian BR1M adalah satu perkara yang tak pernah dibuat sebelum ini dan bukan kerana kita mahu bagi begitu sahaja tetapi rakyat memerlukan bantuan tersebut.

"Perdana Menteri juga banyak buat kenyataan bahawa kita ada wang yang cukup. Kita sudah kurangkan defisit negara, kita boleh jimat lagi perbelanjaan dan ekonomi kita telah berkembang sebanyak 5.2 peratus," katanya pada majlis penyerahan BR1M kepada 3,500 penerima dalam Parlimen Batu di Jinjang di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan