Jumaat, 10 Februari 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


3.5 juta enggan jalani rawatan

Posted:

3.5 juta enggan jalani rawatan

3.5 juta enggan jalani rawatan

Oleh FAHAMI AHMAD
berita@kosmo.com.my

Orang ramai perlu membuat pemeriksaan darah mengesan penyakit darah tinggi lebih awal.- Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Ketidakprihatinan masyarakat terhadap penyakit darah tinggi kini membimbangkan apabila kira-kira 3.5 juta penghidap penyakit tersebut di negara ini langsung tidak mendapatkan rawatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, jumlah tersebut meliputi 61 peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu 5.7 juta orang.

Katanya, golongan berumur 30 tahun dan ke atas dikenal pasti berisiko diserang penyakit darah tinggi yang merupakan faktor utama kepada serangan jantung dan strok.

Serangan jantung dan strok mencatatkan 17.5 juta kematian di seluruh dunia setakat ini.

"Rekod kita mendapati 2.2 juta pesakit darah tinggi menjalani rawatan tetapi 3.5 juta lagi pesakit langsung tidak berbuat demikian.

"Ini bermakna masyarakat bersikap sambil lewa terhadap penyakit tersebut yang merupakan pembunuh senyap,'' katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Saintifik Persatuan Hipertensi Malaysia di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hamza hina Rasulullah ditangkap

Posted:

Hamza hina Rasulullah ditangkap

Hamza hina Rasulullah ditangkap

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my



KUALA LUMPUR - Seorang penulis Arab yang dikehendaki pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW akan dihantar pulang ke negara itu selepas proses dokumentasi terhadapnya selesai.

Mohammad Najeeb A. Kashgari atau lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23, ditahan pada pukul 9.40 pagi di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang kelmarin ketika dia mahu meninggalkan Malaysia.

Sebelum ditahan, dia yang merupakan kolumnis akhbar Al-Bilad di Arab Saudi dipercayai telah berada di negara ini sejak dua hingga tiga hari lalu selepas melarikan diri dari negaranya.

"Hamza ditahan polis negara ini atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW pada sambutan Hari Maulidur Rasul baru-baru ini," kata satu sumber di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Negara ditadbir urus dengan baik

Posted:

Negara ditadbir urus dengan baik

Negara ditadbir urus dengan baik

Oleh RAIS YEOP JOHARI
rais.johari@kosmo.com.my


NAJIb (dua dari kiri) bersama Mohamad (tiga dari kanan) melawat rumah mampu milik pada majlis Penyerahan Rumah Mampu Milik Kampung Abok, Rahang, Seremban semalam. Turut kelihatan, Rosmah (kiri), Idris (kanan) dan isteri Mohamad, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.


SEREMBAN – Tadbir urus kewangan yang efisien dan pengurusan ekonomi yang baik di Malaysia membolehkan kerajaan membela nasib rakyat dalam segala aspek.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mempunyai dana dan hasil yang cukup untuk diagihkan kepada rakyat.

"Kerajaan mempunyai dana yang cukup sebagaimana yang dilakukan dalam penyediaan rumah mampu milik berkualiti.

"Saya perlu sebutkan bahawa kerajaan kita mestilah merupakan kerajaan rakyat dan sebab itulah rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan," katanya pada majlis penyerahan rumah mampu milik berkualiti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) kepada kerajaan negeri di Kampung Abok, Rahang di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan