Khamis, 9 Februari 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Restoran hidang pelacur China

Posted:

Restoran hidang pelacur China

Restoran hidang pelacur China

Sebahagian pelacur China yang ditahan kelmarin.


KUALA LANGAT - Siapa sangka di tengah kebun kelapa sawit di sini wujud sebuah restoran yang bukan saja menyajikan masakan Cina malah mempunyai pilihan untuk mendapatkan 'hidangan tambahan' berupa khidmat seks daripada pegawai perhubungan pelanggan (GRO).

Restoran itu baru sebulan beroperasi dan hanya dibina dengan kayu. Ia terletak 500 meter dari jalan besar dan kira-kira 3.5 kilometer dari pekan Jenjarom, Banting.

Kegiatan tersebut terbongkar, hasil risikan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sejak seminggu lalu sebelum membuat serbuan pada pukul 8.30 malam kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hilmi rayu tidak dihantar pulang

Posted:

Hilmi rayu tidak dihantar pulang

Hilmi rayu tidak dihantar pulang

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my


Hilmi ditahan di Kantor Imigresen Batam, Indonesia sejak Jumaat lalu.


KUALA LUMPUR - Azmin Helmi atau Hilmi, 37, yang hampir seminggu ditahan di Batam, Indonesia dikatakan tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa republik itu kerana mendakwa terlalu takut jika dihantar pulang ke Malaysia.

Satu sumber berkata, Hilmi yang menjadi buruan polis negara ini kerana penyebaran gambar bogel ahli politik pembangkang, Elizabeth Wong masih ditahan di Jabatan Imigresen Indonesia di Batam Sentral bagi siasatan berhubung dokumen palsu dan tinggal melebihi tempoh di negara itu.

"Hilmi kurang memberi kerjasama kepada pihak Imigresen Indonesia kecuali ada jaminan dia tidak akan didakwa dan dibenarkan tinggal terus di Indonesia," kata sumber itu ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Khazanah, PNB lupus perniagaan bukan teras

Posted:

Khazanah, PNB lupus perniagaan bukan teras

Khazanah, PNB lupus perniagaan bukan teras


NAJIB (dua dari kanan) bersama Muhyiddin (tengah) pada Mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera semalam memutuskan untuk meminta Khazanah dan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) melupuskan syarikat-syarikat yang dianggap bukan teras untuk ditadbir dan diserah milik kepada syarikat Bumiputera menerusi proses tender terbuka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Najib yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, setakat ini lima syarikat daripada Khazanah dan lima daripada PNB sudah dikenal pasti untuk tujuan pelupusan itu.

"Syarikat terbaik, kukuh dan mempunyai kemampuan boleh memiliki syarikat-syarikat tersebut yang seterusnya dapat menambah nilai ekuiti Bumiputera," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Agenda Pembangunan Bumiputera merupakan antara perkara yang diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang digerakkan Jun lepas bertujuan menggubal polisi, hala tuju strategik serta memantau keberkesanan pelaksanaan program berkaitan agenda pembangunan Bumiputera.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan