Rabu, 8 Februari 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


FAM dedah nama pemain, jurulatih terlibat rasuah

Posted:

FAM dedah nama pemain, jurulatih terlibat rasuah

FAM dedah nama pemain, jurulatih terlibat rasuah

FAM bertindak menggantung Yusarman daripada sebarang aktiviti bola sepak seumur hidup.


KUALA LUMPUR - Segala teka-teki mengenai hukuman yang bakal dikenakan ke atas seorang ketua jurulatih dan 11 pemain skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan 2011 yang didakwa terlibat dalam gejala rasuah akhirnya terjawab semalam.

Semua individu terbabit dilarang daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak tempatan antara setahun dan lima tahun kerana terlibat dalam skandal rasuah.

Penggantungan tersebut berkuat kuasa sejak 30 November tahun lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, siasatan yang dilakukan Jawatankuasa Tatatertib badan induk sukan bola sepak negara itu ke atas pegawai dan para pemain terbabit mendapati terdapat unsur-unsur rasuah dan gejala mengatur perlawanan melibatkan pasukan berkenaan.

Kenyataan itu turut menyebut pemain dan pegawai Piala Presiden pasukan SDM Pulau Pinang, Johor MP Muar dan Terengganu T-Team 2010 turut digantung sementara sehingga mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang akan datang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

KWSP tidak terlibat dalam skim khas beli rumah

Posted:

KWSP tidak terlibat dalam skim khas beli rumah

KWSP tidak terlibat dalam skim khas beli rumah


ORANG ramai yang berminat membeli rumah di bawah PPR-MTEN dan PA DBKL boleh membuat permohonan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak terlibat dengan skim khas pembelian rumah di bawah Program Perumahan Rakyat-Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL), kata Timbalan Ketua Eksekutif dan Ketua Pelaburan KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Beliau berkata, peserta yang berminat perlu memohon terus kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan bukannya KWSP.

Katanya, KWSP kini masih dalam perbincangan dengan syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan (SPV Yayasan WP) untuk memberikan pinjaman dengan syarat-syarat sedang dimuktamadkan.

"KWSP ingin memberi jaminan kepada pencarum bahawa semua pinjaman yang diberikan KWSP kepada kerajaan Malaysia atau agensi kerajaan lain dibuat berdasarkan pertimbangan komersial dan dengan jaminan yang bersesuaian untuk melindungi kepentingan pencarum," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kenyataan itu dibuat bagi menjelaskan kebimbangan orang ramai mengenai skim pinjaman itu seperti yang diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berhubung penjualan perumahan awam kepada peserta yang layak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lima jam gagal jumpa Elizabeth

Posted:

Lima jam gagal jumpa Elizabeth

Lima jam gagal jumpa Elizabeth

Oleh NORHAYATI YAHAYA
dan NUR AISHAH AMIN
berita@kosmo.com.my

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mengelak untuk bertembung dengan wartawan yang menunggunya di luar pintu bilik Mesyuarat Exco yang terletak di tingkat 20, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini semalam.

Malah Elizabeth yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri itu dilihat tergesa-gesa meninggalkan bilik mesyuarat melalui pintu lain.

Ekoran itu, usaha wartawan menunggu selama lima jam untuk mendapat reaksi Elizabeth. 40, mengenai penahanan bekas teman lelakinya, Hilmi atau Azmin Helmi di Batam, Indonesia pada 3 Februari lalu kerana kesalahan menggunakan dokumen palsu berakhir dengan kehampaan.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang akhbarnya berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum membincangkan secara rasmi mengenai penahanan lelaki yang dikaitkan dengan penyebaran gambar bogel Elizabeth tiga tahun lalu.

Menurut beliau, Mesyuarat Biro Politik PKR yang sepatutnya diadakan semalam juga terpaksa ditangguhkan kerana ketiadaan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di luar negara dan hanya akan pulang hari ini.

"Mesyuarat Biro PKR dijangka diadakan pada minggu ini dan akan membincangkan mengenai cara untuk parti mengendalikan perkara ini (berkaitan isu penahanan Hilmi)," kata beliau.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan