Selasa, 7 Februari 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Nora Danish simpati nasib Apek

Posted:

Nora Danish simpati nasib Apek

Nora Danish simpati nasib Apek

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Pelakon Nora Danish Mohd. Hanif, 29, melahirkan rasa simpati dengan nasib pemain bola sepak kacak, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, kerana sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuk dirinya.

Nora ketika dihubungi Kosmo! semalam juga menafikan dakwaan dia dan Apek saling berbalas pesanan di Twitter atau Facebook dan pernah keluar bertemu janji.

"Saya simpati dengan nasib dia (Apek) kerana sering sahaja dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuklah saya.

"Satu demi satu cerita mengenai dia dengan beberapa wanita keluar tetapi semua berita tersebut tidak benar dan nampak sangat ada orang yang cuba menjatuhkan dia," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! pada Ahad, 5 Februari lepas pernah melaporkan di ruangan gosip Diva mengenai Nora dan Apek pernah bertemu dan berkenalan.

Berita ini juga boleh merosakkan reputasi dia sebagai pemain bola sepak yang bagus.

"Berita mengenai saya saling berbalas Twitter dan mesej di Facebook Apek juga tidak benar. Saya cuma bangga dan menghormati dia sebagai pemain bola sepak yang bagus," ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Operasi berterusan kikis imej khurafat Pulau Besar

Posted:

Operasi berterusan kikis imej khurafat Pulau Besar

Operasi berterusan kikis imej khurafat Pulau Besar

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
nuzulsham@kosmo.com.my


DUA anggota penguat kuasa MBMB melakukan pemantauan di Pulau Besar, Melaka semalam.


MELAKA – Imej Pulau Besar di sini, yang sering dikaitkan dengan pelbagai amalan khurafat kini mulai pulih apabila pihak berkuasa agama negeri melakukan pemantauan yang kerap di pulau berkenaan sejak dua tahun lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani berkata, hasil pemantauan bersepadu bersama beberapa agensi pihak berkuasa lain di pulau itu pada setiap minggu mendapati, kini tiada lagi sebarang aktiviti pemujaan diadakan.

Menurut beliau, sebelum ini, ribuan umat Islam dari seluruh negara termasuk dari India akan datang ke pulau itu selepas sambutan Maulidur Rasul bagi mengadakan temasya besar yang bertentangan dengan ajaran agama.

"Namun, dalam lawatan kita hari ini (semalam) mendapati, tiada lagi sebarang aktiviti temasya besar sebagaimana kebiasaan dan ini membuktikan Pulau Besar kini semakin pulih daripada amalan-amalan yang menyimpang daripada ajaran Islam.

"Selain itu tiada lagi kesan-kesan binaan batu berupa bentuk kubur, khemah-khemah untuk menjalankan aktiviti khurafat yang menunjukkan adanya perbuatan sesat dan terpesong daripada akidah Islam yang dilakukan di sini," katanya ketika dihubungi semalam.

Lazimnya dua tempat yang menjadi kegilaan individu untuk melakukan pemujaan ialah di 'batu belah' yang terletak di antara dua bukit di pulau berkenaan dan Gua Yunus.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jadi rakan kongsi 'nambikei'

Posted:

Jadi rakan kongsi 'nambikei'

Jadi rakan kongsi 'nambikei'


NAJIB (dua dari kiri) dan Rosmah dikalungkan bunga malai gergasi di pekarangan Kuil Sri Maha Mariaman Dhevasthanam
di Batu Caves sempena sambutan Hari Thaipusam semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu masyarakat India di negara ini menjadi rakan kongsi kerajaan berasaskan konsep 'nambikei' iaitu kepercayaan untuk memastikan program transformasi dapat terus dilaksanakan dan mencapai misi ke arah negara berpendapatan tinggi.

Katanya, dengan adanya rakan kongsi berkonsepkan 'nambikei', banyak lagi yang boleh dilakukan untuk pembangunan rakyat, termasuk masyarakat India.

"Dengan adanya konsep ini, tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. I trust you, you trust me," katanya pada sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves di sini semalam.

Hadir sama ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam pada itu, Najib memberi jaminan bahawa segala janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), sama ada bagi komuniti India mahupun bangsa lain akan tetap dilaksanakan.

Katanya, seperti mana pentingnya Hari Thaipusam bagi masyarakat Hindu, sebagai hari untuk berhajat dan berdoa untuk kehidupan yang lebih baik, kerajaan juga berharap dapat memberi masa depan yang lebih terjamin dan menambah kualiti kehidupan rakyat.

Beliau berkata, komitmen kerajaan untuk membantu kaum India dalam semua aspek termasuk pendidikan, ekonomi, keagamaan dan masalah kewarganegaraan telah menunjukkan kesan positif kerana bantuan yang dihulurkan jauh lebih besar daripada yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Kita tidak pernah mungkir janji... kalau kita janji untuk melakukan sesuatu, kerajaan BN akan laksanakan," katanya.

Najib berkata, selain pelbagai suntikan yang telah diberikan untuk meningkatkan taraf pendidikan kaum India, kerajaan juga akan meluluskan pembinaan enam buah lagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) baharu di Selangor, Perak, Kedah dan Johor seperti yang diputuskan pada pertemuan dengan guru-guru besar SJKT baru-baru ini. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan