Jumaat, 10 Februari 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Gempa bumi 5.8 pada skala Richter landa Irian Jaya

Posted: 10 Feb 2012 12:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Gempa bumi dengan magnitud 5.8 pada skala Richter melanda Wilayah Irian Jaya di Indonesia pada 1.34 tengah hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gempa bumi itu berpusat di 173km timur laut Sorong di Indonesia dan 1,669km tenggara Semporna, Sabah.

Tiada ancaman tsunami direkodkan. -- BERNAMA



Gunung berapi Lokon di Sulawesi Utara meletus

Posted: 09 Feb 2012 09:18 PM PST

JAKARTA: Gunung berapi Lokon di Sulawesi Utara, meletus pada pukul 8.20 pagi tadi, menurut laporan Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia.

Letusan itu diikuti bunyi gemuruh dengan abu letusan berwarna kelabu tebal serta kepulan asap yang menjulang 2,000 meter dari Kawah Tompaluan kelihatan tertiup angin ke arah Tenggara.

Masyarakat sekitar telah dinasihatkan tidak menjalankan sebarang aktiviti dalam kawasan radius 2.5 km dari Kawah Tompaluan.

Mereka juga diminta terus berwaspada dan sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan jika aktiviti Gunung Lokon, terus meningkat.


Gunung Lokon, setinggi 1,580 meter itu terletak dekat bandar Tomohon, kira-kira 20 km ke barat daya bandar Manado, iaitu ibu negeri Sulawesi Utara. -- BERNAMA



Tiada ulasan:

Catat Ulasan