Ahad, 5 Februari 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Wakil kedutaan periksa mayat

Posted: 04 Feb 2012 05:40 AM PST

JOHOR BAHRU: Wakil kedutaan Afghanistan, Iraq dan Pakistan menjalankan pemeriksaan bagi mengenal pasti sama ada 18 mangsa bot karam yang terselamat adalah rakyat mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik berkata, wakil kedutaan Afghanistan dan Iraq tampil kelmarin, manakala kakitangan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan hadir sehari sebelumnya.


Menurutnya, pemeriksaan awal dilakukan wakil kedutaan belum dapat mengesahkan mangsa terselamat adalah rakyat mereka berikutan ketiadaan dokumen bagi membantu siasatan.

"Antara proses dilakukan ialah menemubual mangsa serta mengisi borang mengandungi maklumat berhubung latar belakang seperti nama dan tempat tinggal asal untuk semakan di pejabat kedutaan masing-masing.


"Memandangkan semua wakil kedutaan tampil untuk proses pengesahan rakyat mereka, kita akan menunggu maklumat selanjutnya sebelum mengambil tindakan susulan," katanya.


Che Mahazan berkata, sehingga jam 3 petang semalam, jumlah mangsa bot karam berkenaan kekal 29 orang iaitu 18 terselamat manakala 11 lagi maut.

Terkini, dua mayat mangsa bot karam itu dipercayai berusia 20-an, ditemui terdampar oleh orang awam di Pantai Teluk Semayong dan Tuan Sheh, di sini, pagi kelmarin.


"Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan sehingga kita berpuas hati tidak ada lagi mangsa bot karam hilang, walaupun peratusan menemui mangsa hidup sangat tipis," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan