Selasa, 21 Februari 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Berlagak ‘suci’

Posted: 20 Feb 2012 01:33 PM PST

ALOR SETAR: "Dia cuma berani di belakang, orang macam ini perlu diberi pengajaran," kata Muhamad Hafiz Azizan, 23, suami mangsa ragut di Jalan Gelam-Jalan Datuk Kumbar, di sini, Jumaat lalu.

Muhamad Hafiz berkata, hatinya geram apabila menerima SMS dipercayai daripada peragut yang menggunakan telefon bimbit isteri yang berada di dalam beg diragut.

SMS berbunyi 'Kami minta maaf, bukan niat kami benda nak jadi tak diduga, kami Mat Rempit tak diiktiraf tapi itulah salah dia (mangsa) sampai menggadai nyawa.'

Dia berharap, peragut terbabit ditangkap polis dan dihadapkan ke muka pengadilan.


SMS itu juga membuatkan, isterinya, Nuramiza Ezzanie Azmi, 21, semakin marah kerana peragut menyalahkan dirinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Bidikan 17 peluru

Posted: 20 Feb 2012 01:31 PM PST

GOMBAK: Tiga lelaki terselamat daripada maut walaupun dihujani tembakan bertubi-tubi daripada tiga lelaki bertopeng yang menyerang mereka kerana menyangka mangsa adalah individu yang disasarkan dalam kejadian di Apartmen Gardenia Court, Taman Sri Gombak, malam kelmarin.

Malah, seorang daripada mangsa sempat naik semula ke tingkat lima kediaman berkenaan untuk berjumpa rakannya yang juga pemilik kereta dipinjam mereka bagi meminta bantuan sebelum mereka dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan selepas cedera terkena tembakan.

Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, mangsa yang masing-masing berusia 18, 23 dan 29 tahun berada dalam sebuah Honda Accord di kawasan tempat letak kereta selepas menghadiri majlis hari jadi rakannya tidak sempat menyelamatkan diri apabila tiba-tiba sebuah kereta Pajero dinaiki suspek terus melepaskan 17 das tembakan ke arah mereka.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketiga-tiga suspek mudah melepasi kawalan pengawal keselamatan apabila memberitahu ingin berjumpa dengan seseorang.


Menurutnya, suspek yang bertopeng kemudian menghala ke tempat letak kereta sebelum menjumpai kereta mangsa dan terus melepaskan tembakan tanpa menyedari mereka tersilap orang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan