Isnin, 20 Februari 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Anak tiri jadi ‘isteri kedua’

Posted: 19 Feb 2012 10:38 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.

Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.

Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.

"Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam)," katanya, semalam.


Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Cecair maut dari tingkap

Posted: 19 Feb 2012 10:37 AM PST

MARANG: "Saya terjaga daripada tidur sebaik mendengar rakan menjerit kepanasan dan meminta tolong. Tanpa sedari saya sendiri turut menjadi mangsa apabila rakan lain memberitahu muka saya kemerahan dan mula menggelupas," kata Shahrul Zaman Salim, 38, seorang daripada dua mangsa simbah cecair dipercayai asid dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Padang, Merchang, di sini, semalam.

Pada mulanya, dia menyangka hanya rakannya, Mohd Fazil Hanapi Idrus, 18, saja yang terkena simbahan cecair itu.

"Bagaimanapun, sebaik rakan membuka lampu, barulah saya terasa pedih di muka dan lengan. Lebih mengejutkan, tilam kami berdua tidur turut rosak disebabkan terkena cecair itu," katanya.

Dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, kedua-dua mangsa yang sedang tidur di rumah berkenaan disimbah dari arah tingkap yang tidak ditutup berhampiran tempat mereka tidur.


Shahrul Zaman yang juga nelayan berkata, dia terkejut sebaik mendengar teriakan Mohd Fazil yang menggelupur sambil memegang muka dan badan yang kemerahan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan