Sabtu, 18 Februari 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Lepas nafsu kencing muka

Posted: 17 Feb 2012 10:01 AM PST

KANGAR: Tidak tahan dilayan suami seperti binatang setiap kali melakukan hubungan kelamin sejak lima tahun lalu, seorang isteri nekad lari dari rumah dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Kedah, kelmarin.

Dalam laporannya, wanita berusia 38 tahun itu mendakwa suaminya sering melakukan ritual jijik apabila bukan saja suka meliwatnya, malah akan kencing ke mukanya selepas setiap kali mereka bersama.

Mangsa dan suaminya yang berusia 43 tahun berkahwin hampir 20 tahun lalu serta dikurniakan tiga anak tinggal di Bintong, di sini, sejak beberapa tahun lalu.

Pada awal perkahwinan mereka melayari bahtera rumah tangga secara normal, namun selepas menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita lima tahun lalu, dia mula meliwat dan kencing ke muka isterinya setiap kali bersama. Kali terakhir dia melakukan perbuatan itu pada 15 Februari lalu.


Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mangsa juga mendakwa suaminya mudah naik angin dan memukulnya jika keinginannya untuk melakukan amalan seks keji itu tidak dituruti.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Lelaki bunuh bekas isteri

Posted: 17 Feb 2012 10:01 AM PST

ALOR SETAR: Pada mulanya dia memandu kereta dan merempuh pagar rumah sebelum membakar kereta Myvi milik bekas isterinya. Tidak cukup dengan itu, dia bertindak lebih ganas apabila menetak wanita itu di kepala, badan dan lengan hingga mati.

Itulah tindakan ganas seorang lelaki berusia 54 tahun yang mengamuk di rumah bekas isterinya di Jalan Saga 6, Taman Saga, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin.


Ung Siew Lin, 46, maut dalam kejadian itu manakala anak angkatnya, Chn'g Sheve Mei, 26, kini dalam keadaan kritikal, juga akibat ditetak di kepala oleh suspek.

Tiga lagi anak perempuan Ung, Wong Chew Ying, 26; Wong Chew Shen, 22, dan Wong Chew Wei, 21, turut cedera dalam kejadian itu akibat diserang ayah mereka, namun keadaan mereka tidak serius. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata selepas melanggar pagar rumah dan membakar kereta bekas isterinya, menyerang wanita itu dan tiga anak perempuan serta anak angkat mangsa menggunakan parang dibawanya.


"Ung yang cedera parah ditetak di kepala, perut dan lengan berjaya diselamatkan orang ramai awam yang menyedari kejadian itu, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).


"Anak angkatnya yang turut cedera ditetak oleh suspek, dihantar ke hospital oleh jiran dan keadaannya kini kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Zakaria berkata, ketiga-tiga anak kandung mangsa yang cedera, dihantar ke hospital sama untuk rawatan.


Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya percaya kes itu bermotifkan masalah keluarga kerana suspek dikatakan sering datang ke rumah bekas isterinya sejak tiga tahun lalu.

"Suspek ditahan hasil bantuan jiran mangsa sebelum dihantar ke HSB untuk rawatan kerana lelaki itu juga cedera ketika pergelutan dengan mangsa," katanya.


Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan