Khamis, 16 Februari 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Janda jual air liur kebas RM5,000

Posted: 15 Feb 2012 01:26 PM PST

KUANTAN: Tangisan simpati dan pujuk rayu seorang janda mencairkan hati seorang peneroka warga emas bergelar datuk yang mengeluarkan wang simpanannya dalam Tabung Haji sebanyak RM5,000 untuk dipinjamkan kepada wanita itu sebelum menyedari dia ditipu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Haron, 70, berkata dia kecewa kerana kelicikan janda beranak satu itu menyebabkan perancangannya untuk menunaikan haji tahun depan musnah.

Haron yang berasal dari Felda Bukit Sagu, di sini, berkata dia berkenalan dengan ibu tunggal berusia 30 tahun itu di sebuah perhentian bas di Jalan Bukit Ubi, di sini, seminggu lalu.

"Bertitik tolak daripada pertemuan itu, saya menjalinkan hubungan dengannya, malah dia menawarkan diri untuk menjadi isteri saya.


"Bagaimanapun, saya menolak dengan cara baik kerana saya sudah berumah tangga dan mempunyai enam anak serta 13 cucu," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



‘Mak tolong...mak tolong’

Posted: 15 Feb 2012 01:25 PM PST

MENGGATAL: "Mak tolong... mak tolong." Itulah jeritan terakhir dua beradik sebelum perlahan-lahan hilang bersama bunyi rumah dimamah api dalam kebakaran di Kampung Gudon, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, Nurshazwani Hafize, 7, dan adiknya Nurafendi Ashraf, 2, ditemui rentung dalam bilik di rumah mereka sebaik api dipadamkan.


Ibu mangsa, Junaidah Doolyit, 32, berkata ketika kejadian dia mencuci pakaian di tingkat bawah, manakala dua beradik itu berada dalam bilik di tingkat atas.

Selepas kebakaran itu disedari kakak mangsa, Junaidah cuba naik ke tingkat atas bagi menyelamatkan anaknya.


"Saya cuba naik ke tingkat atas, namun dihalang ahli keluarga kerana ketika itu api sudah marak dan sebahagian tangga terbakar. "Saya mendengar jeritan Nurshazwani beberapa kali meminta tolong, namun apakan daya api terlalu marak," katanya ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian.


Sementara itu, bapa mangsa, Hafize Abdullah, 28, berkata beberapa ahli keluarga cuba membantu menyelamatkan mangsa termasuk jirannya, Abdul Rahim Salin, 32, tetapi tidak berjaya.

"Ketika itu, isteri saya meminta bantuan Abdul Rahim selepas dimaklumkan Nurshazwani dan Nurafendi terperangkap di dalam bilik.


"Abdul Rahim turut mendengar jeritan Nurshazwani di dalam bilik, tetapi disebabkan api terlalu marak, mereka tidak dapat berbuat apa-apa," katanya. Datuk mangsa, Doolyit Alihusin, 64, berkata dia sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum seorang anaknya menjerit memberitahu api merebak di tingkat atas.

"Saya turut cuba naik ke tingkat atas bagi menyelamatkan cucu, tetapi tidak berjaya kerana api terlalu marak. Muka saya turut melecur akibat bahang terlalu panas," katanya.


Sementara itu, Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.09 malam dan empat jentera dikerah ke tempat kejadian.


"Api berjaya dikawal pada jam 11.40 malam dan sebaik dipadamkan, bomba menemui dua kanak-kanak rentung dalam kejadian ini," katanya.


Katanya, bomba masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian juga belum dipastikan. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.


Sementara itu, keadaan tegang seketika apabila seorang lelaki yang mendakwa dirinya anggota polis bantuan menghalang petugas media menjalankan tugas dengan mengeluarkan kata-kata kesat selain cuba merampas kamera jurugambar Harian Metro.


Malah, lelaki berkenaan turut mengugut untuk mengasari jurugambar jika terus merakam gambar kejadian itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan