Rabu, 15 Februari 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Dicerai bebel ‘gigitan cinta’

Posted: 14 Feb 2012 12:09 PM PST

KUALA LUMPUR: Leteran demi leteran seorang isteri pertama yang inginkan penjelasan mengenai 'gigitan cinta' di leher suaminya membawa bencana apabila dia ditinggalkan di tepi jalan, dipukul suami dan madunya sebelum diceraikan dengan talak satu.

Insiden bermula jam 8.30 pagi semalam ketika mangsa yang berusia 24 tahun menikmati sarapan bersama suaminya di sebuah restoran di Rawang.

Sumber berkata, ketika bersarapan mangsa ternampak gigitan cinta di leher suaminya, lantas menyuarakan rasa tidak puas hati dan meminta lelaki berusia lewat 20-an itu memberikan penjelasan.

Menurutnya, apabila lelaki itu tidak memberikan penjelasan memuaskan hatinya, mangsa berleter dan mendesak menyebabkan berlaku pertengkaran.


"Malu apabila pertengkaran mereka menjadi perhatian ramai, mangsa diarahkan suaminya masuk ke dalam kereta dan mereka meninggalkan restoran itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Air kencing positif

Posted: 14 Feb 2012 12:09 PM PST

PETALING JAYA: Pelawak terkenal, Saiful Apek bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita didapati positif dadah jenis ganja melalui ujian saringan awal air kencing ke atas mereka selepas ditahan dalam satu operasi, dua tahun lalu.

Perkara itu disahkan pegawai polis mengendalikan ujian saringan terbabit, Sarjan M Sanggar, 48, selepas diarahkan Cif Inspektor Mohd Shaifuddin Zulkifli yang mengetuai serbuan di kondominium di Bandar Sunway pada jam 10 malam, 12 Jun 2010.

Menurutnya, ujian ke atas sampel air kencing itu dibuat di hadapan setiap suspek dengan memasukkan stik penguji THC berfungsi mengesan kehadiran ganja dalam air kencing.

"Ujian saringan dilakukan di hadapan mereka satu persatu dan semua bekas spesimen itu kemudian dilabelkan dengan nama penuh, nombor kad pengenalan serta tarikh ujian dijalankan.


"Sebelum melabel, saya memaklumkan setiap suspek hasil ujian berkenaan semuanya didapati positif dadah," katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan