Sabtu, 11 Februari 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Pilih murtad

Posted: 10 Feb 2012 10:55 AM PST

KUALA LUMPUR: Kemaruk cinta keterlaluan, bukan saja menyebabkan segelintir gadis Melayu tanpa berfikir panjang menyerahkan tubuh kepada teman lelaki, malah lebih menyedihkan ada yang sampai tahap keluar daripada agama Islam atau murtad.

Fenomena itu berlaku selepas mereka yang masih muda dan mentah, kurang kawalan ibu bapa serta cetek didikan agama, bercinta dengan lelaki bukan Islam lalu dengan mudah terpengaruh anutan agama kekasih masing-masing.

Ikuti pengalaman tiga gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Rina, Azlin dan Laili kepada Harian Metro mengenai keterlanjuran mereka sebelum diselamatkan dan kini diberi bimbingan untuk kembali ke pangkal jalan.

RINA, 20, dari Melaka

"Saya bersekolah sehingga Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan tinggal bersama ibu selepas dia dan ayah bercerai ketika saya kecil. Sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, saya dimanjakan dan segala kemahuan dituruti.

Kerana tidak minat belajar, saya mengambil keputusan untuk bekerja pada usia masih muda dan daripada situ mula bergaul dengan rakan termasuk yang bukan Islam.

Hampir setiap malam saya keluar berhibur di kelab malam dan arak menjadi minuman biasa. Saya gembira dengan kebebasan dimiliki terutama selepas hidup menyewa dengan rakan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Putus tangan hutang RM500

Posted: 10 Feb 2012 10:49 AM PST

IPOH: Hanya kerana gagal melunaskan hutang RM500, seorang buruh putus tangan kiri dan cedera teruk di seluruh badan akibat diserang lima lelaki berhampiran Pangsapuri First Garden, Silibin, di sini, malam kelmarin.

Kejadian pada jam 7 malam itu menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Nantha Kumar, 41, lari menyelamatkan diri dengan meninggalkan tangan kirinya yang putus akibat ditetak dengan pisau memotong daging.

Bagaimanapun, doktor yang merawat mangsa di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, gagal menyambung semula tangan kiri mangsa yang putus itu.

Isteri mangsa yang hanya dikenali sebagai Susilawaty berkata, seminggu sebelum kejadian beberapa individu datang ke rumahnya untuk mengutip hutang RM500 daripada suami.


"Bagaimanapun suami saya merayu diberikan tempoh sedikit masa lagi memandangkan pekerjaan dan gajinya tidak menentu," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan