Jumaat, 10 Februari 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Sangkar asmara

Posted: 09 Feb 2012 11:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Dia dipaksa menggugurkan kandungan, dibawa ke negara asal suaminya hanya untuk melihat lelaki itu berkahwin dengan wanita lain dan kini, terpaksa pula menanggung hutang kad kredit serta pinjaman bank RM120,000 yang dibuat warga asing itu menggunakan namanya.

Itu antara penderitaan seorang peniaga wanita selepas berkahwin dengan lelaki Pakistan yang mempunyai niat tersembunyi mahu mengikis hartanya dan mempermudahkan diberi taraf pemastautin tetap (PR).

Peniaga pakaian itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati, 47, berkata perkahwinan dengan Mat Pakistan berusia 44 tahun itu yang kedua baginya selepas perkahwinan pertama dengan lelaki tempatan gagal.

"Hubungan kami bermula sebagai rakan sekerja. Ketika itu, dia tak punya sebarang harta dan antara kami tidak wujud perasaan cinta, sebaliknya lebih kepada perasaan mahu melengkapi hidup antara satu sama lain.


"Saya setuju menerima lamarannya mungkin kerana masih kecewa dengan kegagalan perkahwinan pertama," katanya ketika mengadu kepada Pegawai Khas (Ibu Tunggal), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Khaty Kassim, baru-baru ini

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



13 ‘pelayan rimba’ dicekup

Posted: 09 Feb 2012 11:27 AM PST

BANTING: Rahsia sebuah restoran makanan laut terpencil di Jenjarom, di sini, yang dikunjungi orang ramai terbongkar apabila didapati turut menawarkan pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur dari China sebagai pelaris untuk mengejar keuntungan.

Pelanggan termasuk yang datang dari ibu negara dan Petaling Jaya dikatakan sanggup meredah jalan tanah merah dikelilingi ladang kelapa sawit sejauh lebih 500 meter dari jalan utama semata-mata untuk menikmati khidmat 'pelayan rimba' di restoran berkenaan.

Kegiatan pelacuran dipercayai dijalankan sejak sebulan lalu itu terbongkar selepas polis menahan 13 wanita warga China dan seorang wanita tempatan dalam Ops Noda, malam kelmarin.

Pegawai Turus Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintendan Izwan Abd Karim berkata, semua wanita warga China yang ditahan berusia antara 21 hingga 50 tahun itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO.


Menurutnya, seorang wanita warga tempatan yang turut ditahan dalam serbuan itu bertugas sebagai juruwang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan