Khamis, 9 Februari 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Kemaruk raba sesama lelaki

Posted: 08 Feb 2012 10:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Berkucupan, berpelukan dan raba-meraba sesama lelaki sambil berjoget mengikut rentak muzik menjadi lumrah di ruang tarian sebuah kelab malam di ibu kota yang sering dikaitkan dengan tempat golongan gay berpesta.

Tanpa mempedulikan suasana panas, dianggarkan hampir 200 pemuda bersesak-sesak menari terlompat-lompat sambil meneguk arak, berpelukan dan berkucupan sesama mereka tanpa segan silu sebaik muzik dimainkan.

Sebelum ini golongan homoseksual sering dikaitkan dengan hubungan cinta sesama jantina hingga melakukan hubungan seks luar tabii, namun tidak banyak diketahui mengenai aktiviti hiburan mereka.

Berdasarkan maklumat, Harian Metro melakukan tinjauan pada awal pagi Sabtu lalu di sebuah kelab malam di ibu negara dan mendapati ratusan lelaki berusia 20 tahun menari serta berpelukan ghairah sesama jantina bermula jam 1 hingga 3 pagi.


Disebabkan terlalu seronok, mereka mengajak orang yang tidak dikenali menari bersama, malah dalam suasana sesak itu ada di antara mereka 'kemaruk' meraba lelaki lain.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Maut bertembung lori tangki minyak

Posted: 08 Feb 2012 10:35 AM PST

MIRI: Seorang pengurus sebuah syarikat pembalakan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya hilang kawalan sebelum bertembung dengan lori tangki minyak di Kilometer 22, Jalan Miri Bintulu, di sini, semalam.

Sebelum kejadian, mangsa, Liong Kieau Sat, 52, dari Desa Pujut, Permyjaya, di sini, dipercayai memandu sendirian dan dalam perjalanan pulang dari Bintulu ke Miri, kira-kira jam 7 pagi.


Jurucakap polis trafik Miri ketika dihubungi berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan termasuk kepala.

Katanya, keadaan jalan yang licin akibat hujan dipercayai menyebabkan kereta dipandu mangsa memasuki jalan bertentangan sebelum bertembung sebuah lori tangki minyak.


"Malah, kenderaan mangsa yang remuk itu diseret beberapa meter selepas pertembungan itu menyebabkan dia tersepit sebelum dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba," katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan