Isnin, 13 Februari 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


PDRM perlu perubahan minda: Najib

Posted: 13 Feb 2012 12:40 PM PST

Nasional

NAJIB  ketika menyampaikan ucaptama pada perasmian Persidangan Antarabangsa Mengenai Prinsip Kepolisan: Kedaulatan Undang-Undang, Ketenteraman Awam dan Pembangunan Mampan, di Kuala Lumpur, semalam.

NAJIB ketika menyampaikan ucaptama pada perasmian Persidangan Antarabangsa Mengenai Prinsip Kepolisan: Kedaulatan Undang-Undang, Ketenteraman Awam dan Pembangunan Mampan, di Kuala Lumpur, semalam.

Tahap profesionalisme pertingkat standard hadapi cabaran era moden

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan strategi baru dengan perubahan minda sepenuhnya untuk menghadapi cabaran era moden kini bagi mempertingkat keselamatan masyarakat di negara ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu, polis harus memiliki nilai etika teguh, penguatkuasaan tegas serta kepemimpinan kukuh dan berkesan pada semua peringkat untuk memerangi peningkatan jenayah seperti dadah, kumpulan penjahat dan juga pemerdagangan. Dalam konteks ini, Perdana Menteri berkata, penambahan dari segi bilangan anggota polis atau peruntukan kewangan bukan jaminan untuk kejayaan mengurangkan jenayah, tetapi pada masa sama, sumber mencukupi mesti disediakan.

Beliau berkata, PDRM harus menjalani transformasi selari dengan perubahan masa dan keperluan masyarakat yang semakin berpendidikan serta mengetahui hak mereka, sekali gus meletakkan jangkaan amat tinggi terhadap standard, tingkah laku dan kebertanggungjawaban pasukan polis.

Malah, pemansuhan akta yang sudah tidak realistik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memberikan cabaran semakin besar kepada polis untuk bekerja lebih keras dengan peningkatan tahap profesionalisme serta tiada kompromi dalam aspek pengumpulan bukti serta siasatan.

"Inilah perkara serta ketinggian standard yang pasukan polis pada era moden kini mesti capai untuk meningkatkan reputasi, secara langsung meraih kepercayaan masyarakat.
"Saya amat berpuas hati kerana PDRM memberi respon positif kepada agenda transformasi untuk mengurangkan kadar jenayah yang menjadi sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Tahniah atas sikap dan minda terbuka PDRM, malah banyak kejayaan boleh dibanggakan, termasuk penurunan kadar jenayah jalanan sebanyak 40 peratus.

"Ia sepatutnya memberangsangkan... anda (polis) tidak harus lemah semangat kerana beberapa kenyataan tidak menggalakkan oleh segelintir pihak. Pasukan polis sudah menjalankan tugas dengan bagus, tahniah," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada perasmian Persidangan Antarabangsa Mengenai Prinsip Kepolisan: Kedaulatan Undang-Undang, Ketenteraman Awam dan Pembangunan Mampan di sini, semalam.

Sambil menjelaskan proses perubahan sama turut dilalui dan dijalankan pasukan polis negara lain, Najib percaya PDRM mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang diakui serta dirasai selamat oleh sebahagian besar masyarakat, walaupun masih wujud pandangan skeptikal ketika ini terhadap statistik penurunan jenayah.

Tambahan pula, katanya, tinjauan mendapati keyakinan orang ramai terhadap PDRM meningkat kepada 70.5 peratus Disember tahun lalu berbanding 55 peratus pada Mei.

Dalam konteks berkaitan, beliau berkata, penambahan kehadiran polis seperti dilakukan di New York sehingga mewujudkan keadaan amat selamat, mampu dilakukan di Kuala Lumpur.

"Ini komitmen PDRM kerana ia adalah tanggungjawab kita. Saya yakin PDRM mampu melakukannya – komitmen dan keupayaan anda menghadapi cabaran. Saya ingin setiap rakyat Malaysia dapat tidur lena kerana Malaysia selamat, ini adalah usaha sedang dijalankan... ia akan ambil masa tetapi akan disempurnakan akhirnya," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

zeana

asal tembak penjenayah kompom mati...kot² la salah org ka, tidak ka kesian tuh....buat la perubahan..

zariayakuza

bila da nampak terang2..tak salah tegur dgn cara berhemah,supaya tahu dia org minta hulur tu atas sebab apa...sikap tuduhan melulu zaman sekarang da tak di guna pakai..dapatkan bukti dan bawa ke muka pengadilan,supaya gejala rasuah dapat di banteras,untuk pengajaran kepada semua..

djaggat

ramai yg kurang ajar

zariayakuza

bila da nampak terang2 tu..bagi teguran dgn berhemah,jgn dbiar je..cakap2 belakang lebih kurang mengumpat..takde makne nye..maap juga la ye..

Riz

jee..setakat cakap je tiada guna..berikan bukti, jgn ckp dengar dari mulut orang lain je..da nampak kalau tak lapor kira subahat ekk? dulu dan skrg xsama jee..pasal rasuah ni bukan sbb PKR, DAP atau UMNO tapi sebab atas individu itu sndiri..klu da niat rasuah mmg rasuah la dia..bkn sbb dia duduk dlm organisasi tu..

laila

Maaf ye..bukan semua polis mcm tu.. orang yg selalu terima rasuah ni adalah org yg tidak kuat pegangan agama.. kalau ada polis minta rasuah , laporkan je pada pihak polis, agar anggota tu dikenakan tindakan. dalam negara kita ada undang2..

zakaria

maap jee kalau terasa hati...cakap blakang je brani..

cyberkerisz

Semoga Allah terus memberikan keberkatan kepada warga PDRM. Teruskan berjuang dan semoga terus ikhlas dalam menjalankan tugas. :)

Sabak

Selain daripada pemantapan Polis, masyarakat pun perlu memberikan kerjasama dan memainkan peranan untuk sama-sama membantu membanteras jenayah seperti melaporkan segera kejadian-kejadian jenayah, sanggup menjadi saksi agar pendakwaan penjenayah berjaya di mahkamah dan jangan memberi rasuah kepada pihak berkuasa kerana pemberi dan penerima rasuah sama-sama bersalah dan akan dihukum.

jee

maap cakap le....polis skang ni byk yang terdedah ngan rasuah...terang2 bleh nampak diorg mintak hulur....


Kolumnis didakwa hina Islam fail writ habeas corpus

Posted: 13 Feb 2012 12:37 PM PST

Nasional

KUALA LUMPUR: Kolumnis akhbar Arab Saudi, Hamza Kashgari Mohamad Najeeb yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, memfailkan writ habeas corpus supaya mahkamah memutuskan sama ada penahanan, penangkapan dan penghantaran pulangnya ke Arab Saudi adalah sah atau tidak.

Hamza Kashgari, 23, melalui peguamnya, Muhammad Afiq Mohamad Noor dan Murnie Hidayah Anuar, memfailkan writ habeas corpus itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Penulis itu menamakan empat responden iaitu Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden. Dalam permohonannya, Ham-za Kashgari memohon perintah habeas corpus dikeluarkan supaya dia dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan dan dibebaskan dengan serta-merta daripada tahanan responden.

Dia juga memohon perintah supaya tidak ditangkap atau ditahan semula selepas dibebaskan serta relif lain yang difikirkan patut diberikan mahkamah.

Rakan Hamza Kashgari, Asma' Abdul Razak, 31, dalam afidavit sokongan difailkan bersama permohonan itu, berkata pada 4 Februari lalu, rakannya menghantar pesanan melalui Twitter sempena Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW, bagaimanapun pada keesokannya dia memadam puisi itu dalam laman sosialnya.

Asma' berkata, pada 8 Februari, pihak berkuasa Arab Saudi mengeluarkan waran tangkap terhadap rakannya atas tuduhan murtad kerana menghina Nabi Muhammad SAW dan turut diisytiharkan murtad oleh Majlis Ulama Besar negara itu, dan jika didapati bersalah, akan dijatuhkan hukuman bunuh.
Hamza Kashgari tiba di negara ini pada 7 Februari, dan dijadualkan menaiki penerbangan ke New Zealand, tetapi ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9 Februari lalu.

Muhammad Afiq berkata, pihaknya mengetahui permohonan habeas corpus itu adalah akademik kerana anak guamnya sudah dibebaskan dan dihantar pulang ke negara asal, kelmarin, namun pihaknya memerlukan penjelasan dan arahan daripada mahkamah berhubung penahanan itu.

Di RIYADH, Hamza Kashghari ditahan sebaik tiba di Riyadh, malam kelmarin selepas dihantar pulang pihak berkuasa Malaysia.

Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah mengeluarkan arahan supaya Kashghari dibawa ke muka pengadilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan