Sabtu, 18 Februari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Guru tidak akan naik pangkat secara automatik: Muhyiddin

Posted: 18 Feb 2012 02:52 AM PST

Mutakhir

BALIK PULAU: Kenaikan pangkat guru tidak akan berlaku secara automatik sebaliknya mereka harus melalui pelbagai proses termasuk temu duga, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan selepas perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan selesai kelak.

"Berkaitan soal kebajikan guru kita sudah ambil kira. Tetapi apapun, keputusan muktamad belum tercapai kerana urusan ini sudah kita bawakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam disamping perbincangan di peringkat wakil kesatuan dan CUEPACS, katanya pada pemberita selepas menghadiri majlis kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, di sini, hari ini. Katanya, isu kenaikan pangkat itu bagaimanapun dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik seramai 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan pada April ini. - BERNAMA

Keputusan Kejohanan Berbasikal Asia dan Remaja Asia

Posted: 18 Feb 2012 02:46 AM PST

Mutakhir

PUTRAJAYA: Berikut keputusan hari terakhir Kejohanan Berbasikal Asia ke-32 dan Kejohanan Berbasikal Remaja Asia ke-19, yang berlangsung di sini hari ini:

Perlumbaan Lebuh Raya Individu 179.2km Lelaki Elit:

EMAS: Wong Kam Po (HKG) 4 jam 10 minit 33 saat
PERAK: Mehdi Sohrabi (IRI) 4:10:33s
GANGSA: Taiji Nishitani (JPN) 4:10:33s
4. Mohd Zamri Salleh (MAS) 4:10:33s
12. Mohd Harrif Salleh (MAS) 4:11:05s
43. Amir Mustafa Rusli (MAS) 4:11:13s
51. Mohd Akmal Amrun (MAS) 4:23:18s

Tiada ulasan:

Catat Ulasan