Selasa, 14 Februari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Hutan Simpan Bukit Seputih Selatan terbakar

Posted: 14 Feb 2012 02:47 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Dua ratus penduduk Taman Supreme Cheras, di sini gempar apabila Hutan Simpan Bukit Seputih Selatan bersebelahan kawasan perumahan itu terbakar selama lima jam, mengakibatkan dua hektar kawasan hutan itu rentung.

Seorang penduduk, Chiew Lian Keng, 48, yang juga Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan, berkata beliau pulang ke rumah selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang jiran pada 10.40 pagi.

"Sejurus tiba, saya mendapati api sedang marak dan menjulang ke langit. Kebakaran itu (pada mulanya) cuba dikawal oleh sebuah jentera bomba. "Saya hubungi pihak bomba untuk menambah anggotanya sebab saya risau kalau keadaan menjadi tidak terkawal.

"Saya lega dan berterima kasih kepada bomba yang bertungkus-lumus selama beberapa jam memadamkan api dan menyelamatkan harta benda kami," katanya sambil menambah penduduk di situ khuatir api merebak ke rumah mereka.

Chiew berkata, kejadian kebakaran pertama sejak beliau mula menetap di taman perumahan itu pada 2004.

Penolong Kanan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Johari Mohd Lazim, berkata bomba menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 11.06 pagi.
Katanya, lapan jentera serta 54 anggota bomba pelbagai pangkat menyertai usaha memadamkan kebakaran itu.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 4 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan. - BERNAMA

Mayat bayi perempuan dijumpai di bilik air kolej swasta di Bachok

Posted: 14 Feb 2012 02:18 AM PST

Mutakhir

KOTA BHARU: Mayat seorang bayi perempuan dijumpai dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Kampung Kandis, Telong, Bachok hari ini.

Bayi yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan itu, dijumpai oleh dua orang pembersih tandas sebelum melaporkan kepada penyelia kolej berkenaan kira-kira jam 10.40 pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata polis menerima aduan mengenai penemuan mayat bayi itu daripada seorang pegawai dari kolej terbabit. "Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Baharu, untuk dibedah siasat dan setakat ini polis belum mengetahui motif pembuangan bayi itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Jalaluddin berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat bagaimanapun polis sudah mengenal pasti suspek yang membuang bayi terbabit. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan