Ahad, 5 Februari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Pemantauan terhadap sistem pangkalan data haji akan ditingkatkan

Posted: 05 Feb 2012 01:13 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Pemantauan terhadap sistem pangkalan data Lembaga Tabung Haji (TH) akan dipertingkat bagi memastikan kegiatan 'haji ekspres' tidak berulang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Ini bukan soal orang yang godam (sistem pangkalan data TH), ini orang yang tahu masuk dalam sistem itu. Orang nak pergi haji dia masuk 'key-in' tarikh daftar untuk pergi haji.

"Kadang-kadang ada orang yang tahu dan faham IT dan sebagainya masuk dalam sistem itu. Nasihat kita ikut peraturan dan giliran bila pergi haji, haji mabrur itu penting," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA
Full content generated by Get Full RSS.

Pengamal media diingatkan elak siar laporan berunsur perkauman

Posted: 05 Feb 2012 01:02 AM PST

Mutakhir

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengingatkan pengamal media supaya mengelakkan menerbitkan dan menyiarkan laporan yang mempunyai unsur-unsur perkauman dan hasutan.

Beliau berkata, laporan sedemikian akan memberikan kesan negatif ka atas perpaduan dan keharmonian yang sedang dinikmati pelbagai kaum etnik di Sabah.

"Saya gembira bahawa rakyat pelbagai kaum bersatu di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Pengamal media perlu berperanan sebagai wadah atau saluran komunikasi antara kerajaan dan rakyat," katanya dalam ucapan pada majlis sambutan Tahun Baru Cina Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) di sini hari ini. - BERNAMA
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan