Sabtu, 4 Februari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Mesin pengimbas sistem gelombang untuk banteras penyeludupan dadah di KLIA

Posted: 04 Feb 2012 12:56 AM PST

Mutakhir

BANGI: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menempatkan empat mesin pengimbas yang menggunakan sistem gelombang dan suhu badan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam usaha mencegah aktiviti penyeludupan dadah ke negara ini.

Pengarah Bahagian Perancangan Korporat KDRM, Datuk Chik Omar Chik Lim, berkata mesin pengimbas "ThruVision" bernilai RM4 juta dari United Kingdom itu akan ditempatkan di laluan penumpang di terminal utama KLIA.

Mesin pengimbas itu kini dalam proses diuji dan jika terbukti berkesan akan turut ditempatkan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan kemudiannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching, katanya pada sidang akhbar mengenai prestasi pungutan hasil JKDM di sini hari ini. - BERNAMA
Full content generated by Get Full RSS.

UMNO akan minta pandangan Ku Li untuk rampas Kelantan

Posted: 04 Feb 2012 12:05 AM PST

Mutakhir

PASIR PUTEH: UMNO Kelantan akan meminta pandangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha memastikan Barisan Nasional (BN) kembali memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata Tengku Razaleigh mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam politik negara dan Kelantan dan sebab itu pandangan tokoh UMNO itu diperlukan dalam usaha menawan kembali negeri itu daripada PAS.

"Kita akan meminta nasihat Ku Li (Tengku Razaleigh) bagaimana untuk menjalankan gerak kerja UMNO dengan lebih mantap dan berkesan dalam usaha merampas Kelantan daripada tangan PAS," katanya kepada pemberita selepas menutup Ekspo Usahawan Mara di Tok Bali di sini, hari ini. - BERNAMA
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan