Ahad, 19 Februari 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Transformasi atau reformasi

Posted: 18 Feb 2012 03:04 PM PST

MukaDepan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak membacakan buku cerita kepada kanak-kanak Tabika Kemas selepas merasmikan Kuarters Jabatan Kerja Raya Batu 4 1/2 Jalan Sungai Besi, semalam.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak membacakan buku cerita kepada kanak-kanak Tabika Kemas selepas merasmikan Kuarters Jabatan Kerja Raya Batu 4 1/2 Jalan Sungai Besi, semalam.

Rakyat wajar buat pilihan betul pada PRU-13: PM

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu memilih antara transformasi dibawa Barisan Nasional (BN) untuk kesejahteraan atau reformasi jalanan didukung pembangkang yang boleh menjejaskan keselamatan dan merencatkan pembangunan negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, rakyat wajar membuat pilihan yang betul pada pilihan raya umum akan datang (PRU-13) bagi memastikan kemajuan dan kemakmuran yang berkekalan untuk negara ini. "Buat keputusan yang tepat. Anda kini berada di persimpangan dan ambil jalan yang betul. Jika anda memilih jalan yang tepat, saya pasti kita akan mampu merubah Malaysia," katanya.

Beliau berkata, bukti nyata sudah jelas dinikmati rakyat kerana transformasi dilaksana kerajaan ternyata jauh lebih baik sehingga berjaya mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan rakyat pelbagai kaum menikmati kemakmuran dan kesejahteraan berdasarkan prinsip keadilan sosial.

"Transformasi jauh lebih baik daripada reformasi anjuran pembangkang yang memilih mengemukakan tuntutan perubahan menerusi demonstrasi jalanan sehingga mencetuskan keadaan huru-hara dan tidak menentu. Sebaliknya, kerajaan melaksanakan transformasi berhemah, sistematik dan teratur.

"Rakyat pasti tidak akan mendapat manfaat jika negara huru-hara. Usahkan huru-hara, dalam keadaan (negara) yang tidak menentukan atau tidak stabil saja pun, cukup untuk menggoncang pasaran saham yang mengakibatkan pelabur mengalami kerugian besar," katanya berucap merasmikan persidangan 'Cina Malaysia Di Persimpangan Politik' anjuran bersama Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan badan pemikir MCA, INSAP di sini, semalam.
Turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Datuk Dr Michael Yeoh dan Pengerusi Institut Kajian Dasar dan Analisis Strategik (INSAP), Tan Sri Dr Fong Chan Onn.

"BN akan menjadi tunjang negara, kita akan berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi," katanya menambah, pilihan raya akan datang, bukan untuk dirinya, tetapi demi masa depan negara.

"Dengan mandat anda, saya berikrar akan berusaha sedaya upaya menjadikan Malaysia negara yang gemilang. Saya mendengar (kehendak rakyat)... saya mendengar dan akan melipatkan gandakan usaha jika terus mendapat sokongan rakyat.

"Saya sudah mendapat mandat daripada UMNO dan BN. Kini saya mahu mendapatkan mandat daripada seluruh rakyat buat kali pertama," katanya yang dilantik menjadi perdana menteri pada 2009.

Perdana Menteri berkata, semua dasar yang dilaksanakan kerajaan adalah hasil keprihatinan dan kesediaan kerajaan mendengar serta merasai denyut nadi rakyat, baik tuntutan kaum Cina atau Melayu dan India yang agak ketinggalan dalam sektor ekonomi.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Masjid lama di Singapura masih kekal tradisi Johor

Posted: 18 Feb 2012 03:02 PM PST

MukaDepan

UMAT Islam   khusyuk mengikuti khutbah di Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Teluk Blangah, Singapura, kelmarin.

UMAT Islam khusyuk mengikuti khutbah di Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Teluk Blangah, Singapura, kelmarin.

SINGAPURA: Kedudukannya di bumi asing, tidak menghalang imam Masjid Temenggong Daeng Ibrahim dekat Teluk Blangah di sini, mengekalkan tradisi sejak 167 tahun lalu, membacakan Khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Mufti Johor, lengkap dengan doa untuk Sultan dan rakyat Johor.

Keadaan itu membuatkan jemaah yang pertama kali menjejak kaki bersolat Jumaat di masjid yang terletak berhampiran kota hiburan Pulau Sentosa, itu pasti tertanya-tanya mengenai pengurusannya yang mempunyai ciri sama dengan masjid lain di Johor.

Berhampiran pintu masuknya, bendera Johor dan Jalur Gemilang berkibar megah pada dua tiang yang didirikan, bukti pengurusan masjid yang dibina sejak 1845 itu hingga kini masih di bawah kelolaan Jabatan Agama Johor (JAJ) menyebabkan khutbah Jumaat dan doa yang disampaikan tertakluk kepada Jabatan Mufti Johor. Malah, enam kakitangan tetap masjid membabitkan imam serta bilal, dua noja, penjaga makam serta tukang kebun adalah rakyat Johor yang dihantar bertugas sepenuh masa oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan tinggal di kuarters di situ.

Masjid terletak atas kawasan seluas 0.7 hektar itu juga menempatkan Makam Diraja Teluk Blangah dengan 32 makam kerabat diraja Johor zaman silam termasuk Sultanah Khadijah Khanum, Temenggong Abdul Rahman dan Temenggong Daeng Ibrahim selain mempunyai 2,000 kubur lama.

Kunjungan Berita Minggu ke Masjid Temenggong Daeng Ibrahim pada Jumaat lalu, mendapati hampir 1,000 jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan dengan khutbah dan doa dibacakan Imam Suhaimi Sulaiman, 24, yang dihantar menyandang jawatan itu sejak November lalu.

Pengerusi masjid, Mohd Azman Mohsin, berkata kedudukan di Jalan Teluk Blangah membuatkan masjid itu dijadikan lokasi persinggahan rakyat Malaysia yang berkunjung atau bekerja di Singapura.
"Setiap kali masuk waktu solat, azan dikumandangkan dan biasanya pada waktu Zuhur dan Maghrib, masjid ini dipenuhi penduduk tempatan. Selain solat Jumaat, masjid ini juga menyediakan kelas pembelajaran al-Quran," katanya.

Katanya, sejarah masjid terbabit bermula ketika zaman Kesultanan Johor di Singapura apabila Temenggong Daeng Ibrahim, menyerahkan Balairung Seri istana baginda untuk dijadikan masjid pada 1845.

"Masjid itu asalnya hanya dikenali sebagai Masjid Kampung Teluk Blangah sebelum bertukar nama kepada Masjid Jamek Kerajaan Negeri Johor yang turut dikenali sebagai Masjid Teluk Blangah.

"Selaras peredaran masa, masjid asalnya dirobohkan pada 1993 untuk pembinaan baru dengan kos RM2.5 juta dibiayai sepenuh Almarhum Sultan Iskandar yang menitahkan supaya ciri masjid Johor dikekalkan dalam seni binanya.

"Masjid baru siap pada 1996 dinamakan Masjid Temenggong Daeng Ibrahim berupaya memuatkan 1,500 jemaah pada satu masa, " katanya.

Mohd Azman yang juga Kadi Johor Bahru, berkata mimbar asal masjid berusia 143 tahun dipindahkan ke Johor pada 1991 dan ditempatkan di Galeri Pusat Islam Iskandar di Johor Bahru dengan tiangnya tercatat tarikh mimbar itu disiapkan pada 1289 Hijrah, bersamaan 1868 masihi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan