Sabtu, 18 Februari 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


15,000 naik gred

Posted: 17 Feb 2012 03:00 PM PST

MukaDepan

Guru lepasan ijazah nikmati manfaat semakan semula SBPA

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam memberi jaminan 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan April ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Kementerian Pelajaran sudah mengambil tindakan berhubung kenaikan pangkat itu walaupun SBPA masih di peringkat semakan semula Pasukan Petugas Khas diketuai bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam. Beliau menjelaskan Kementerian Pelajaran tidak dapat menaikkan gred guru terbabit tahun lalu disebabkan dasar membekukan lantikan baru bermula 20 Mei sehingga 31 Disember, selain tidak mempunyai jumlah perjawatan mencukupi.

"Daripada rekod Kementerian Pelajaran, kita dapati 7,396 pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (PPPLD) sudah diperakui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk dilantik sebagai pegawai perkhidmatan siswazah.

"Bagaimanapun, pelantikan mereka tidak dapat dilakukan tahun lalu berikutan pembekuan itu... sebab itulah timbul isu berkenaan," katanya di sini, semalam.

Minggu lalu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng mendedahkan kira-kira 15,000 guru lepasan ijazah di seluruh negara belum menerima kenaikan gred DG41 walaupun sebahagian mereka sudah melepasi proses temu duga sejak dua tahun lalu.
Situasi itu menimbulkan ketidakpuasan hati kumpulan guru terbabit yang terpaksa membuat pinjaman pendidikan atau mengeluarkan simpanan peribadi bagi menampung kos menyambung pelajaran masing-masing.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Rayder Reeds

1MALAYSIA : TAHNIAH kepada guru yang dinaikkan gred. Tetapi bagaimana ceritanya dengan penjawat awam di lain jabatan kerajaan yang memiliki ijazah? Mereka juga telah mengorbankan masa, wang serta perlu membayar balik pinjaman.

mac

yaaa....layan saja NUTP tu..dgn GURU-GURU nya...gaji guru tu sebenarnya masakini suda cukup untuk mereka beli sebuah kereta mewah ratusan ribu.....itu pun masih lg menuntut kenaikan GRED,,,,dan kenaikan gaji...cuba bamdingkan dgn pekerja2 yg gaji mereka lebih rendah.....mungkin guru-guru ni mahu gaji mereka di samakan dengan MENTERI PELAJARAN...baru lah mereka rasa PUAS hati kot....RAKYAT PERIHATIN

mustaza

tima kasih kerajaan kerana dpt selesaikan masalah kami guru berijazah ini dengan segera

Mahfix bin Omar

Harap pihsk JPA dalam proses semakan semula mengambil kira jawatan -jawatan yang telah dijemud khasnya mereka yang telah memegang jawatan kanan sekurang-kurang 8 tahun supaya diberi peluang kenaikan gred secara khas untuk penyandang (KUP) contoh dari f22 ke f26(KUP).Terima kasih.

mohd raslam bin md saman

Takkan golongan guru saja. Bagaimana dengan golongan kakitangan kerajaan yang lain.

Abdul wahab bin ahmad

Terima kasih KPM atas keperihatinan tentang nasib kami...

wan

asyik-asyik guru yang diberi keutamaan ,,,, sepatutnye keistimewaan ini diberikan kepada semua..baru lah adil....

zulhassan

Kenapa dibekukan pelantikan guru baru tahun lepas? Kan lebih baik kalau ada ramai guru. Sekarang ratio guru kepada murid 1:30 hingga 40++ satu kelas. Kalau guru ramai, ratio boleh kurang kpd 1:20. Guru lebih mudah beri tumpuan kepada para pelajar. Ibubapa pun tak perlu sgt hantar tuisyen sebab budak tak faham kat kelas. Kos tuisyen saja dah beratus2 sebulan. Maknanya penyampaian di sekolah tak berkesan kalau ratio tak seimbang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan