Khamis, 16 Februari 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


DBP audit bahasa Melayu

Posted: 15 Feb 2012 11:47 AM PST

MukaDepan

Garis panduan hampir siap, kemuka kepada kerajaan Jun

PETRA JAYA: Masih ada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan tidak menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam dokumen urusan rasmi masing-masing, sebaliknya menggunakan bahasa Inggeris, termasuk dalam surat pekeliling dan minit mesyuarat bulanan.

Sehubungan itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengaudit penggunaan bahasa Melayu dalam semua dokumen rasmi kerajaan bagi mengenal pasti tahap penggunaan bahasa kebangsaan itu setakat ini. Ketua Pengarah DBP, Dr Awang Sariyan, berkata ia berlaku kerana ada pegawai atasan dan penjawat awam tidak memahami atau terlepas pandang Dasar Bahasa Kebangsaan yang turut disokong Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Katanya, setakat ini ada beberapa kementerian, jabatan dan agensi kerajaan mencapai tahap 80 hingga 90 peratus penggunaan bahasa Melayu dalam semua dokumen rasmi.

"Pada masa sama, masih ada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan tidak menggunakan bahasa Melayu dalam beberapa dokumennya, iaitu surat pekeliling dan laporan tahunan.

"Cara terbaik meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor awam adalah mengadakan audit bahasa dari semasa ke semasa," katanya selepas menyampaikan ucaptama Dasar Bahasa Kebangsaan: Tuntutan Iltizam Kepada Seluruh Warga Negara, di DBP Cawangan Sarawak, di sini semalam.
Ia dianjurkan DBP Cawangan Sarawak dan Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (PEKASA) sempena Hari Pejuang Bahasa 152 Peringkat Negeri Sarawak 2012.

Awang berkata, mungkin ada pihak yang ketawa dengan langkah itu, tetapi DBP beriltizam melaksanakannya kerana ia bukan satu kesalahan, malah dapat meningkatkan penggunaan bahasa Melayu di kalangan penjawat awam di negara ini.

Katanya, cara kerajaan memperbaiki pencapaian dalam pengurusan dan pentadbiran adalah menerusi proses audit, termasuk aspek kewangan.

"Jadi, dalam penggunaan bahasa Melayu, wajar juga dilaksanakan audit. DBP kini dalam peringkat akhir menyediakan garis panduan untuk digunakan dalam audit berkenaan dan jika semua berjalan lancar, garis panduan itu akan dikemukakan kepada kerajaan Jun ini," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

CikguIm

Syabas DBP...kembali memartabatkan Bahasa Melayu. Usaha yang wajar disokong semua pihak.

Azmie Chan

Saya sangat menyokong perkara yang dilakukan oleh pihak DBP ini kerana masalah penggunaan Bahasa Inggeris sangat berleluasa dalam pelbagai lapisan masyarakat sama ada dalam bentuk lisan atau bukan lisan.

Adik

Kat IPT pun patut guna bahasa kebangsaan dari sijil hingga la ke phd.

lee

memang bagus..sebab ia dapat memartabatkan bahasa bangsa kita, dan lebih bagus lagi jika pihak kerajaan samada jabatan ataupun kementerian, menekankan perkara2 begini..kita boleh nmpk dengan nama2 seperti RTC, laman web jabatan2..dan lain2 lagi

Ismail Kayat

Sdr Kedai, berhati-hatilah dengan ejaan Bahasa Melayu anda. Ada 3 kesalahan ejaan di situ.

Kain Amoh Wae

Salam sejatera. Bahasa Melayu wajib dipertahankan dan dipertingkatkan penggunaanya. Untuk mencapai kedudukan sebagai negara maju, Bahasa Melayu yang juga diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Utama wajab diperluaskan penggunaanya di semua bidang dan dipertuturkan dengan fasih oleh semua warga Malaysia. Sebagai warga Malaysia yang pernah menetap di pelbagai negara dan sekarang menetap di Jepun, saya dapat membuat kesimpulan, masyarakat antarabangsa selalunya lebih menghormati sesuatu bangsa yang bangga dan selalu mengamalkan dengan adat, budaya dan bahasa ibunda sendiri. Sebagai contoh, mereka lebih menghormati teman-teman saya dari negara jiran kita seperti Indonesia dan Thailand yang hampir semua masyarakatnya bertutur bahasa kebangsaan dalam urusan seharian. Saya pernah mengalami peristiwa yang amat memalukan semasa di Jepun ini. Saya bersama teman warga Jepun telah berjumpa dengan seorang warga Malaysia bukan Melayu yang telah datang ke Jepun. Teman Jepun saya boleh berbahasa Melayu tetapi kurang fasih berbahasa Inggeris. Setiap kali teman saya bertanya sesuatu dengan menggunakan Bahasa Melayu, warga Malaysia tersebut menjawab dengan menggunakan bahasa Inggeris. Saya sesungguhnya teramat malu sekali ketika itu. Akhirnya saya meminta maaf kepada teman Jepun saya di atas apa yang berlaku... Kepada rakyat Malaysia berbanggalah dengan bertutur dan menggunakan Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di dalam segala urusan harian. Moga negara kita lebih dihormati oleh masyarakat antarabangsa.

lee

memang bagus..sebab ia dapat memartabatkan bahasa bangsa kita, dan lebih bagus lagi jika pihak kerajaan samada jabatan ataupun kementerian, menekankan perkara2 begini..kita boleh nmpk dengan nama2 seperti RTC, laman web jabatan2..dan lain2 lagi

kedai

sanggat bagus ..kalau boleh masukan dalam KPI setiap jabatan dan kementerian . Maklumat audit juga perlu di dedahkan kepada umun seperti laporan jabatan audit supaya rakyat tahu .

ikhlas

media juga perlu mainkan peranan, di tv baik pemimpin atau orang biasa perlu berbahasa melayu, mengaku orangg malaysia tapibila wartawan tanya dlm bm mrk dengan bangga jawab dalam english, kalau memang orang luar tidak apalah, baik ceo, orang biasa, bila perlu disiarkanperlulah berbahasa melayu. Malah iklan2 billboard sekarang tulisan bahasa lain lagi besar dari bahasa melayu malah tiada bahasa melayu pun ada. Pokok pangkalnya penguatkuasaan, zaman menteri penerangan Tok Mat dulu saya tabik kerana benar2 buatkerja, papan tanda dimestikan menggunakan bahasa kebangsaan........yang sekarang ni sibuk buat apa agaknya kat pejabat tu ya?

Semut Biru

Memang patut pun disemak semula. Buat pengetahuan umum, agensi kerajaan yang dimaksudkan tu adalah dari pihak atasan. Jangan kerana tinggi ilmu seseorang tu dah cukup hebat dimata umum. Perlu banyak belajar. Bukankah ilmu itu ada dimana-mana...

Tayyar Sikarap

syabas DBP. Masih belum terlambat untuk brtindak. Sepatutnya perkara ini dilakukan 12 tahun yang lalu sebelum penggunaan bahasa dalam kalangan penjawat jawatan awam dan swasta menjadi rojak. Dalam kalangan penjawat awam, mungkin penggunaan bahasa Melayu masih pada tahap 60-70 peratus. Tetapi dalam kaangan penjawat swasta, terlalu sukar untuk kita mendengar dan melihat penggunaan Bahasa Kebangsaan. Keadaan ini bertambah parah apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengisytiharkan penggunaan BI dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik dan Sains di peringkat sekolah. Akibatnya, bahasa Melayu menjadi kelas kedua atau kelas ketiga bagi organisasi swasta. .... bersambung.... kemudian.

HJ SHARI

Sedarnya kita bahawa bahasa melayu seakan dipingirkan oleh warga negara sendiri. Apakah kita tidak mampu menaiktaraf bahasa melayu. Sudah lebih 50 tahun merdeka bahasa masih belum merdeka?.

Hassan Markoli

Syabas DBP!

Zaninov

Salam sejahtera, pada pendapat saya DBP perlu memperluaskan lagi penguatkuasaan atau audit di sektor perbankan. Sebagai contoh borong yang diisi ditulis Bahasa Melayu diatas dan bahasa Inggeris dibawah. Ini keterbalikan dimana bahasa Inggeris atas bahasa Melayu dibawah sangat menyayangkan. Buku-buku ilmiah bagi kegunaan Universiti perlu diterjemahkan sepenuhnya kedalam Bahasa Melayu secara berperingkatkan dan diwajibkan penggunaannya. DBP usulkan di Parlimen bahawa untuk melayakkan menjadi warganegara Malaysia mewajibkan warga Malaysia fasih bertutur kata dalam bahasa Melayu.

Adi

Akhirnya, DBP bertindak dengan tegas. Kalau tidak, sampai bila? Syabas DBP.

Saya juga cadangkan bagi semua iklan dan poster perlu diaudit DBP sebelum boleh mendapat kelulusan Majlis Perbandaran.


Selangor guna air lombong

Posted: 15 Feb 2012 11:43 AM PST

MukaDepan

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menggunakan air mentah dari bekas lombong di negeri itu bagi menampung keperluan air di Lembah Klang, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata kerajaan negeri juga bercadang merawat dan menapis air dari bawah tanah, hujan dan sungai yang dilihat lebih banyak memberi manfaat serta menjimatkan berbanding projek membangunkan infrastruktur pemindahan air dari Pahang.

Selain itu, katanya, jika dilaksanakan, dakwaan pihak tertentu akan berlaku krisis air di Lembah Klang krisis air 2014 tidak tepat.

Kerajaan negeri juga bersetuju dengan cadangan persatuan pengguna untuk memaksimumkan penggunaan sumber air ini bagi menampung keperluan harian rakyat Selangor. - Dr Xavier Jayakumar, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor

Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 masih tergendala selepas isu penyusunan semula industri air negeri itu melalui perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan masih gagal mencapai penyelesaian.

"Kerajaan negeri juga bersetuju dengan cadangan persatuan pengguna untuk memaksimumkan penggunaan sumber air ini bagi menampung keperluan harian rakyat Selangor dan ia lebih banyak memberi manfaat serta menjimatkan.

"Bagi tujuan itu, kerajaan negeri sudah meluluskan lesen pemindahan air mentah kepada anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu Konsortium Air Sdn Bhd yang mempunyai rekod dan kepakaran teknologi terkini mengurus dan merawat air," katanya selepas mesyuarat EXCO, di sini semalam.

Dr Xavier juga berkata, kerajaan negeri memberi jaminan bekalan air di Selangor lebih daripada mencukupi sehingga 2020 dan kerajaan negeri akan terus menguruskan isu bekalan air bagi memastikan rakyat mendapat manfaat daripada pemberian 20 meter padu air percuma.
Pada 14 Januari lalu, akhbar melaporkan, penduduk di Selangor berisiko mengalami krisis air lebih awal berbanding 2014 yang dijangkakan, jika permintaan tahunan meningkat melebihi 2.5 peratus.

Amaran itu diberikan Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) selepas kajiannya menjangkakan krisis air boleh berlaku tahun depan jika permintaan tahunan di Lembah Klang meningkat sebanyak tiga peratus.

Mengikut kajian itu, krisis air dijangka berlaku pada 2014 jika permintaan tahunan meningkat antara dua peratus hingga 2.5 peratus, pada 2016 jika meningkat 1.5 peratus, 2018 jika meningkat satu peratus dan 2026 jika meningkat 0.5 peratus.

Kajian persatuan itu turut merumuskan 2014 adalah 'tahun terpilih' untuk krisis air di Selangor berdasarkan peningkatan permintaan tahunan semasa, iaitu 2.14 peratus.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Eddy IRwan

Aku rasa, kalau nak guna air lombong, ia satu solution berjangka pendek. sesuai untuk negeri yang takda duit. Tapi kalau nak amik air dari pahang pulak, terlampau mahal since kene hantar air melalui banjaran. Kenapa tak amik air dari negeri Perak. Takda banjaran, takda bukit bukau...kos masih murah. jangan lupa PERAK dulu adalah pengeluar bijih timah terkemuka, dan industri perlombongan menggunakan banyak air...since bijih timah dah tak laku, gunakan resource itu.

az

selangor2..xhabis dgn masalah air..bila nk selesai..aduhai selangor ku syg..

Draconian

alamat makin banyaknya hutan mati, tasik/sungai mati dan rumah tenggelam kat negeri selangor akibat air habis disedut oleh manusia durjana

Izad

Saya jurutera mekanikal, ada pengalaman dengan teknologi rawatan air ni.

Bagi saya, ni satu tindakan yang sangat bagus oleh kerajaan negeri.
Rawatan air laut untuk dibuat air mutlak (kegunaan harian) tidak semudah yang disangka. Rawatan terus dari air tawar adalah lebih mudah, murah, dan terkawal. Air laut diikutkan jauh lebih banyak kandungan kimia yang merbahaya, dan penapisannya akan melibatkan banyak penghasilan bahan pejal yang tidak diingini. Lagipun, sungai di Selangor masih banyak yang bersih dan sesuai untuk rawatan air bagi penggunaan seharian.
Pengguna air bawah tanah, ya, ia boleh menyebabkan tanah mendap, hanya apabila ia dibuat secara intensif. Saya percaya pihak kerajaan akan dapatkan khidmat nasihat secara professional dari pihak geologi.
Rawatan air dari alternatif sumber air tawar, selain daripada yang sedia ada, bagi saya, ialah satu rawatan jangka panjang.
Alhamdulillah Malaysia ni antara negara yang paling tinggi kadar hujan. Cukuplah kalau anda lihat peningkatan kedalaman air di sungai-sungai seluruh negara. Saya percaya pendekatan ini akan lebih berkesan jika diamalkan secara menyeluruh oleh semua negeri di Malaysia.

Adam Putra

Isu "air" sepatutnya menjadi tanggungjawab negara, sama macam isu beras, petrol dll. Kira benda-2 yang keperluan asas ini perlu diuruskan secara nasional, kerajaan perlu take-over terus, jangan diswastakan waima bagi kat kerajaan negeri yang decide sekalipun. Nanti akan jadi Krisis Besar nanti beb! Krisis "air" sama macam darurat oii!

kyerol

penggunaan air bawah tanah adalah selamat dan menjimatkan proses rawatan air berbanding penggunaan air permukaan kalau tengok kajian air permukaan di universiti menunjukkan peningkatan yang ketara kadar pencemaran, jadi penggunaan bahan kimia yang tinggi menyebabkan manusia mengalami masalah kesihatan, penggunaan klorin yang berlebihan menyebabkan kanser dan keguguran rambut yang ketara jadi air bawah tanah adalah selamat dan kos rawatan air nya juga adalah minima dan tidak perlu pengunaan bahan kimia, di Jepun rawatan air secara kimia telah dimansuhkan disebabkan masalah kesihatan. jika kita transfer air dari pahang ke selangor sama juga jika pahang x hujan camner lembah klang nak dapat air, sekarang di Pahang kawasan tadahan air dah habis botak

juan

kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu mendidik penduduk untuk menjaga kebersihan alam sekitar terutama penduduk yang berada di persekitaran atau berhampiran dengan sungai atau kawasan tadahan hujan

lazim

Bukan ke kalau guna air bawah tanah akan menyebabkan tanah mendap

lazim

Bukan ke kalau guna air bawah tanah akan menyebabkan tanah mendap

hanafi

Sejak dulu dah berbillion kerajaan belanjakan wang untuk penyaluran bekalan air termasuk pembinaan loji simpanan air di Lembah Kelang tetapi masih dijangkakan ada krisis air pada 2014. Nampak macam ada yg perlu diperbaiki. Mengapa perlu berbelanja besar lagi sekiranya ada alternatif yg lebih murah. Sekurang-kurangnya, perancangan semula utk jangka masa pjg dapat dilaksanakan sementara menunggu penyelesaian jangka masa pjg. Lagipun program / projek pemindahan air dari Pahang pun tidak menjamin bekalan air utk Lembah Kelang mencukupi sehingga 50-60 tahun akan datang.

norizdin

Satu cadangan yang bagus bagi orang yang berakal pendek.Kenapa tak disuling air laut yang lagi banyak jumlahnya berbanding air sungai dan lombong yang tercemar dengan pelbagai bahan kimia terutama diSelangor.

cinta

mungkin baik juga cadangannya tu, kurang skit kes mati lemas dalam lombong... tapi agaknya sampai bila penyelesaian yang bersifat 'sementara' akan bertahan? 5 tahun? 10 tahun?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan