Rabu, 15 Februari 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Isu SBPA: CUEPACS lega

Posted: 14 Feb 2012 11:22 AM PST

Selain itu, Omar berkata, mesyuarat pasukan petugas khas semakan semula SBPA kali ketiga semalam menunjukkan maklum balas positif secara terbuka untuk menilai lima tuntutan berkenaan serta beberapa cadangan CUEPACS.

"Selepas tiga kali bermesyuarat dan dengan kemasukan tiga lagi anggota CUEPACS dalam pasukan itu, ada perkembangan positif ditunjukkan. Ada keterbukaan dalam mendengar maklum balas daripada kita.
"Berikutan itu, kita yakin perkara ini boleh diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang diberikan. Lima tuntutan CUEPACS bukan satu perkara yang menyulitkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, di sini semalam.

Sebelum ini, CUEPACS mengumumkan lima tuntutan, iaitu mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat gred 54 ke bawah, mengekalkan status kekananan penjawat awam dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), mengkaji semula tangga gaji maksimum, menyenaraikan penjawat awam yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Omar juga berkata, persetujuan kerajaan terhadap lima tuntutan CUEPACS itu akan memberikan keceriaan kepada kakitangan awam yang sebelum ini kurang puas hati dengan pelaksanaannya.

"Isu SBPA ini dapat diselesaikan secara perbincangan seperti yang diadakan hari ini kerana jika CUEPACS tidak dibawa dalam rundingan, ia akan terus menjadi isu di kalangan kakitangan awam," katanya.

Beliau juga memaklumkan satu bengkel Jawatankuasa Bertindak CUEPACS berhubung isu SBPA akan diadakan di ibu negara pada 17 dan 18 Februari ini bagi menyediakan kertas kerja komprehensif mengenai masalah skim baru itu.

"Bengkel ini akan dihadiri pelbagai pihak berkaitan, termasuk ahli akademik bagi membincangkan isu itu dan menyediakan satu kertas kerja komprehensif untuk penyelesaiannya," katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, pasukan petugas khas masih meneruskan perbincangan dan semua maklum balas serta cadangan yang diterima akan diteliti.

Kerajaan sebelum ini memberikan tempoh tiga bulan yang berakhir 16 April ini kepada pasukan berkenaan untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan SBPA selepas menerima arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kedua-dua pihak berbincang bagi menyelesaikannya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

brian

Salam Sejahtera...
Terima Kasih Kepada PM, SPA dan CUEPAC..

Untuk Makluman...Sewa Rumah pada masa sekarang tidak ada lagi yang RM250...Yang Sewa RM250 bukan rumah tapi sewa Bilik...Ini kadar sewa di Pekan - Pekan di Sarawak.. Terima Kasih...Ini untuk renungan...

Keling

Terima kasih CUEPACS, Terima kasih Datuk Omar Osman dan Terima Kasih PERDANA MENTERI ....Sokong BN...Sokong 1M dan Sokong PM Kita

aman pa

org ijazah selalu cakap buat apa belajar tinggi gaji rendah dengan spm kalau macam tu guna sijil spm le gaji banyak tak payah guna ijazah .....cuba tengok slip gaji bandingkan ijazah dengan spm kkhidmat sama2 10 tahun tapi gaji berapa jangan le asyik menipu je

nani

Tahniah dan terima kasih terhadap CUEPACS kerana menperjuangkan nasib kakitangan awam. Sebagai mewakili warga politeknik, saya merasakan tiada penyelarasan gaji bagi pelajar yang menyambung pengajian dari peringkat Ijazah ke Master dan dari Master ke PhD. Ini bermaksud sekiranya kakitangan yang menyambung pengajian keperingkat seperti di atas, menyambung pengajian hanyalah merupakan sebagai penambahan ilmu pengetahuan dan kepuasan diri setiap individu. Ini berbeza bagi kakitangan politeknik yang menyambung pengajian dari peringkat diploma ke ijazah di mana mereka ditawarkan kenaikan gred sebagai contoh dari 32 ke 42. Walaupun bersyukur kerana dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam namun besarlah harapan agar ada kesinambungan dan penyelarasan dari segi kenaikkan gred bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu dari Ijazah Sarjana ke Master dan dari Master ke PhD dan bukanlah keistimewaan tersebut hanya kepada yang menyambung pengajian dari DIPLOMA ke IJAZAH sahaja. Moga mendapat pertimbangan yang sewajarnya dengan perlaksanaan skim SPBA ini. Terima Kasih.

mohd faizal

cuepacs dah lupa ke nak mohon cola rm300???

sah

BIW ditetapkan kdr spt elaun pedalaman.

ZAILANI BT MOHAMED

Terima kasih banyak2 cuepas atas perjuangan anda.Nak tanya bila dapat pelarasan gaji sbpa tu?. Kalu boleh dapat gaji dalam bulan Mac nanti. Walaubagaimanapun perlu diingat semua kakitangan kerajaan perlu bersyukur atas perubahan dasar kerajaan Malaysia ini.Bagi yang bekerja sekarang tingkatkan lagi produktiviti kerja dan sentiasa menyokong Kerajaan bagi keamanan 1 Malaysia. Sekian terima kasih PM Datuk Najib kita. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

wiyah

tahniah kepada cuepacs kerana meminta kerajaan mengkaji semula kenaikan gaji YG TIDAK ADIL BARU BARU INI, YG MANA KENAIKAN TIDAK SEPERTI YG DI UMUMKAN BARU BARU INI YG MANA KENAIKAN GRED 54 KEATAS MELEBIHI 13%. YG MANA JUGA DLM SBPA SENIORITI KAKAITANGAN TELAH DIPERLEKEHKAN. HARUS LAH ADIL DAN SAKSAMA.

fakhrul anwar

Kerajaan patut fikir tentang pembayar cukai... tak adil bg kami yg bayar cukai. Tapi perkhidmatan kakitangan kerajaan masih di tahap lama.

JEFREE

TERIMA KASIH CUEPACS KERNA MEMPERJUANGKAN NASIB KAKITANGAN AWAM.....TERIMA KASIH PM

jeman

terima kasih CUEPACS dan JPA kerana sentiasa mengambil berat nasib penjawat awam

evlazz

harap diberi perhatian pada golongan berpendapatan rendah dan gred bawah DG41

rie

gaji pokok bagi gred 17 perlu dikaji semula.. sekurangnya.. letak lag minimum Rm 1500.00..orang yang gred 11 dinaikan jadi 17 dah. sekali gaji berubah.... yang gred 17 ni tak naik-naik pun? ,,,wajar pertimbangkan!!! PA-PA bos pun dah naik gred....orang kat tengah ni. jangan pulah dilupakan....

Mohd Ali Abd Fattah

TERIMA KASIH CUEPACS KERNA MEMPERJUANGKAN NASIB KAKITANGAN AWAM.....

abubakar

tahniah cuepacs..terima kasih PM

Mustapa bin Hassan

kerajaan perlu ikhlas. kata kenaikan gaji 7-13%. kalai basic 3 ribu lebih. naik rm162. sifir apa kerajaan guna. ssm lulus 2 kali. gaji di dga32p2. trima sbpa hilang segala. berikan kami yang terbaik insyaallah undi kami untuk BN. jangan olok2 dgn kami. kami akan olok2 dgn bn lak nanti.

zulis

yang penting wujud keadilan di situ,yg berijazah kenaikan bersesuain dgn kelulusannya dan pemegang diploma juga sesuai dan setanding dengan kelulusannya, jangan pula gaji pemegang diploma sama atau lebih dari pemegang ijazah, krn kita xnak masyarakat kita akan pikir x perlulah belajar tinggi2 kalau gaji pemegang diploma sama dengan pemegang ijazah.

Mustapa bin Hassan

kerajaan perlu ikhlas. kata kenaikan gaji 7-13%. kalai basic 3 ribu lebih. naik rm162. sifir apa kerajaan guna. ssm lulus 2 kali. gaji di dga32p2. trima sbpa hilang segala. berikan kami yang terbaik insyaallah undi kami untuk BN. jangan olok2 dgn kami. kami akan olok2 dgn bn lak nanti.

NORA BINTI SELAMON

Terima kasih pihak CUEPACS dan PM, TAHNIAH kerana sikap prihatin dan proaktif.

Wangan

Harap kedudukan tangga gaji di SSM diambil kira apabila dipindahkan ke SBPA.. maksudnya kedudukan P.. Contohnya mereka yang berada di tangga gaji P2 diberi dua kenaikan tangga gaji di SBPA..

Jaludin Hj Basir

Ape lagi nie, gaji peringkat bawah mcm saya nie... tetap mcm tu juga. Atasan untung byk. Syukur lah apa yg ada.

DIANA A. ZARIN

terima kasih cuepacs dalam membela nasib kami kumpulan pelaksana .....

abubakar

tahniah cuepacs..terima kasih PM

NORA BINTI SELAMON

Terima kasih pihak CUEPACS dan PM, TAHNIAH kerana sikap prihatin dan proaktif.

nasir

Terima kasih Datuk Omar Osman.

zul

Jangan lupa penjawat lama yang dah nak bersara, walau pun hanya spm tapi pengalaman amat berharga, yang baru belum tentu bagus sangat...sebab dah ada penjawat awam yang baru kerja tak tahu..

M Ridzman

Sokong dgn komen spt di bawah, agak2 la nak mintak...kesian pada org lain terutama pekerja swasta mcm saya ni. Kami sbgai pekerja swasta antara yg banyak juga menyumbang kpd ekonomi negara walhal kelebihan kami x sama pon macam kakitangan awam. Ape pon saya tetap bersyukur.

abdul rahim mansoe

agak2lah nk minta dgn kerajaan jgn sampai negara bnkrap lak. kerajaan kena tgk masalah pihak lain yg lebih memerlukan

Sylvester

Skim Perkh.Gaji Mak.SSM Gaji Mak.SBPA Beza
R1 RM1178.43 RM2390.00 1211.57
N1 RM1506.79 RM2390.00 883.21
N17 RM2151.35 RM2780.00 628.65
N22 RM2838.04 RM3530.00 691.96

Cuepacs tolong tengok ketidakadilan di sini.

cgu. mmejja

Jangan cepat puas hati, kita belum tengok lagi. yang di nanti belum tentu naik gaji. mungkin yang dinanti lebih mengecewakan kakitangan awam yg bergaji bawah RM3,000.

azmihadi

Harap2lah dapat cuti belajar bergaji penuh untuk sambung belaajr di universiti dan bukan setakat utk Skills Malaysia shj =)

rosnany binti tarin

Ada HIKMAH disebalik PENANGGUHAN, akhir PA dapat pembelaan sepatutnya yang diterima. TERIMA KASIH CEUPAS kerana PEMBELAAN INI!

timah

hidup dato omar osman kerana memperjuangkan nasib penjawat awam

Arif

Sejak awal lagi saya dah jangka SBPA dapat bantahan kerana ia seolah2 tergesa2 dan sulit ada sesuatu yang tidak telus seperti yang dijanji kenaikan antara 7 - 13% tetapi tidak dalam perlaksanan.Dengan ini saya ucapkan syabas kepada Datok presiden serta AJK semua kerana memperjuangkan hak tanpa takut

Pelik tapi Benar

Macam-macam yang diminta. Naik gaji sudah. Naik pangkat pun sudah. Tapi bersilih ganti komen yang masuk dari penjawat awam kat sini. Nak kata masa rehat tidak juga. Pelik pelik ...

Zulnasri Khalid

jangan cepat puas hati, kita belum tengok lagi.

kena tengok perubahan skim dulu. baru boleh buat ulasan

Okoi

Terima kasih .usaha anda amat dihargai. Syabas Ceupacs

Norlie

Salam dan Selamat Sejahtera. Jutaan terima kasih kepada CUEPACS di bawah pimpinan Dato' Omar yang dikasihi, kerana berjaya membawa isu 5 tuntutan ini. Walau apapun amatlah besar harapan saya agar Kumpulan Pelaksana Yang telah mempunyai kelayakan Ijazah di beri keutamaan untuk dinaikkan Gred dalam bidang masing-masing sama seperti Guru. Kerajaan seharusnya berbangga mempunyai pelaksana yang berijazah yang berkorban masa, tenaga dan wang ringgit yang bukan sedikit sebagai menyahut seruan Kerajaan agar golongan pelaksana ini akan berdaya saing lebih tinggi lagi.

TKDEFB

Terima kasih CUEPACS!!!. Kepada semua penjawat awam tolong jangan sia-siakan usaha CUEPACS. Pertingkatkan mutu kerja. Jgn sibuk nak naik gaji, kerja malas...

Sema Buang

Mohon Semak Juga Gaji Kakitangan sokongan.

sarjana

Gred rendah sangat gembira la dapat SBPA. Lepas ni tak payah belajar tinggi-tinggi cukup SPM aje sebab gaji pun tinggi samamacam ijazah.

KOLONSI

Tambah lg satu Elaun perumahan tak naik ka? RM180 SEWA BILIK PUN TAK CUKUP

prihatin

semoga sbpa dapat memberi suntikan semangat kepada yang menerima. syabas cuepacs.

Jeruk Maman

Saya kumpulan pelaksana bergaji rendah amat berterima kasih kepada CUEPACS, kalau tak ada bantahan hari tu, sure SBPA dan on dah, yang atas senyum ke telinga, yang bawah masam sampai ke dagu, bila macam ni motivasi kerja jadi down, boleh ke orang atas buat kerja tanpa orang bawah ni. Bagi la gaji naik ikut persen, jangan gula-gula dengan tangga gaji pencen sahaja kerana 10-15 tahun nanti nilai tu dah tak ke manapun.

noor

terima kasih. diharapkan kumpulan pelaksana yang mempunyai diploma ataupun ijazah diberikan peluang kenaikan pangkat ataupun gaji yang setimpal.rata-rata ramai yang memasuki skim jawatan spm ada yang mempunyai kelulusan yang tinggi.tolonglah..kami pun nak bayar balik pinjaman belajar.

noor

terima kasih.diharapkan kumpulan pelaksana yang mempunyai diploma ataupun ijazah diberikan peluang kenaikan pangkat ataupun gaji yang setimpal.rata-rata ramai yang memasuki skim jawatan spm ada yang mempunyai kelulusan yang tinggi.tolonglah..kami pun nak bayar balik pinjaman belajar.

muhd

terima kasih ceupacs,tp sy nak tanya mcm mane dgn kakitangan yg memiliki diploma semasa dalam perkhidmatan perlu dibuat kajian gaji

NEELOOFA

Saya berharap agar isu SPBA dibincangkan dengan segera supaya semua penjawat awam tidak menunggu terlalu lama untuk mendapat gaji baru dan saya menyokong pihak cuepacs kerana peka dengan masalah penjawat awam selama ini dan terima kasih kepada PM, Cuepacs dan JPA kerana faham masalah kami penjawat awam selama ini

bern

ALHAMDULILLAH...PANJANG UMUR MURAH REZEKI HENDAKNYA

muhd

terima kasih ceupacs,tp sy nak tanya mcm mane dgn kakitangan yg memiliki diploma semasa dalam perkhidmatan perlu dibuat kajian gaji

azrul

ingat cogan kata perdana menteri...rakyat didahulukan...jd jgn penat bincang..hasil nye..rakyat kemudiaan..terima kasih ceupacs.

Orang Lama

Harap dapat beri kenaikan lompat satu tangga gaji bagi yang dah lepas PTK dalam SSM. Kesian pada yang sudah lulus periksa, sepatutnya hargai penat lelah mereka yang telah berhempas pulas belajar. Setuju dengan Ahmarin, kerajaan patut mengambil kira kumpulan pelaksana yang ada Ijazah dan Master. Hargai juga kesungguhan mereka menuntut ilmu, bukan sedikit wang yang dilaburkan untuk dapat sekeping Ijazah. Cuma tidak ada peluang untuk naik ke gred 41 ke atas. Terima kasih atas perhatian Datuk dan pihak kerajaan.

adil

kalau dah naik gaji dan berpuas hati dgn SBPA jgn sekadar tumpang gmbira ja...paling pnting bekerja bersungguh

mary raki

kenapa k'naikkan gaji tidak diseragamkan, ini bermakna org yg b'gaji besar makin besarlah kita yg bgaji kecil mcm tu juga.cakap nak m'naiktaraf k'hidupan golongan bawahan..yg kaya makin kaya dan yg miskin makin miskin.

markjames modlus

Nak memuaskan ht semua pihak taklah mampu, semua gred inginkn kelebihan untuk masing2, sedar nilai tahap prestasi sendiri, jgn sedetik terfikir menolak hak org lain. Nilai dan serah pada yang hak untuk tidak rasa tersisih. Tksh CUEPACS memperbetulkan yg pincang agar Ktgn awam rasa bersyukur sgt dan berlapang dada.

anak kelate di peranatauan

terima kasih datuk kerana cuba memahami nasib penjawat awam di peringkat bawahan. harap2 ape yg diwawarkan dlm internet tepat.

intan

terima kasih CUEPACS diatas keprihatinan terhadap kakitangan awam selama ini...

peter

terima kasih kepada jk cuepacs yg telah berjuang tanpa mengenal jemu dan sentiasa mengutamakan kebajikan ahli-ahlinya, moga tahun depan jk cuepacs memperjuangkan ahlinya yg dah ada ijazah lanjutan dan phd (master or phd) utk pengikhtirafan dlm kenaikan gaji, tq moga Tuhan memberkati

MOHD AZRUL BIN MAT DIN

terima kasih CUEPACS kerana pejuangkan pejawat awam...

intan

terima kasih CUEPACS diatas keperihatinan terhadap kakitangan awam selama ini...

juhari bin shariff

bagi selesai cepat cepat demi kebaikan kita bersama

MAZLAN BIN BASAR

TERIMA KASIH DATUK KERANA MEMPERTAHANKAN GAJI KAKITANGAN KTBM YANG SANGAT RENDAH SEPERTI N1 HINGGA N22 TERIAH KASIH SEKALILAGI KEPADA SATUK.

rahim

terima kasih pada Cuepacs di atas isu SBPA untuk ditambahbaik lagi...maklumkan juga elaun kritikal boleh dipanjangkan lagi dari pegawai penyelidik hingga ke pembantu penyelidik...banyak risiko kerja dalam makmal.

Mohd Raslam bin Md Saman

Saya menyokong komen dari orang tua kerana saya telah berkhidmat 34 tahun.Saya juga menyokong komen dari Sdr.Ahmarin@Ahmad Nor bin Mohd Asri.Saya adalah salah seorang dari kedua-dua golongan ini.Makan gaji maksima dah 7 tahun.Ada degree majikan tak iktiraf tapi beri cuti bergaji penuh.Dah dapat 2 kali anugerah khidmat cemerlang.Apa nak lagi.

771004055910

Saya turut menyokong SBPA walaupun saya berstatus kontrak SPA sekarang ini..dan amat berharap mendapat jawatan tetap secepat yang mungkin dengan adanya sistem baru ini. TQ Cuepacs.

Mohd Zulkifly bin Kasim

harap kenaikan gaji yg baru adil betul.kenaikan gaji junoir tidak tinggi dari senior yg sudah bkhidmat 12tahun.knaikan gaji dan pangkat harus dikira bagi pjawat awam yg lulus PTK.apa-apa pun terima kasih kpd PM,CUEPACS dan JPA kerana prihatin membantu kami.

nurull

Harap di percepatkan isu ini...tak sanggup nak tunggu...setiap hari menharap urusan penempatan dipercepatkan...

Aidah Tunai

Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional dan juga kepada Cuepacs

Robert Ujang

Terima kasih kerajaan dan of cause, terima kasih CUEPACS. Kerana keprihatinan akan permasalahan kami, penjawat awam. Tambah2 lagi keadaan sara hidup yang semangkin meningkat dikala ini. Terima kasih terima kasih terima kasih...

CM

terima kasih di atas usaha..semoga SBPA tidak terlalu menguntungkan JUSA-JUSA..

iwan

diharapkan PA dapat mempertingkatkan lagi mutu kerja. Dan sekaligus pemikiran lama/ kroni perlu dibuang.pada yang kaki pengapu tu kalau boleh di exit policykan..ini banyak disemua jabatan..terutama di jabatan penyiaran sarawak..

amonoh rie

Harap2 cepat lah masalah ni selesai.coz gaji pejawat awam blum g naik.tpi brang2 kpeluan dah d naikkan ni dah x btul

HARTINI BINTI MOHD HARUN

DIHARAP ADA KENAIKAN PANGKAT UNTUK PEMBANTU TABDIR YANG BERKHIDMAT TEMPOH 10 TAHUN

Nooraini Md Hussein

Terima kasih kepada Cuepacs yang tidak henti-henti memperjuangkan nasib Penjawat Awam. Mudah-mudahan segala tuntutan diterima dengan baik dan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

HARTINI BINTI MOHD HARUN

DIHARAP ADA KENAIKAN PANGKAT UNTUK PEMBANTU TABDIR YANG BERKHIDMAT TEMPOH 10 TAHUN

biru terang

terima kasih CUEPACS.. TERIMA KASIH KERAJAAN. KAMI AKAN BALAS MASA MENGUNDI NANTI

zamri

tq and syabas buat dato omar dan tahniah buat semua ahli ceupacs kerana terus berusaha membela golongan kami(golongan pelaksana) memperjuangkan hak bersama,hanya satu sahaja yang masih sy terkilang.kami kakitangan teknikal tidak mempunyai alaun kritikel sedangkan kami setiap hari sentiada terdedah dengan bahaya di tapak pembinaan.satu lg yg kami terkilang adalah kami telah 10 tahun lebih bekerja dan mempunyai diploma tetapi kami tetap tidak di beri peluang untuk kenaikan pangkat sedangkan pengambilan baru lebih di beri keutamaan kepada orang2 baru habis belajar.

Alhamdulilah ..harap amil kira kakitgn yg mempunyai pengalaman bidang yg sama semasa bekerja diswasta dan kini memasuki kerajaan agar mendapat pelarasan gaji yg setimpal dan adil dgn pengalaman.Harap bantu. Komitment sudah ada msk gov gj amat rendah malahan pelarasan pula ditolak.

leq

TQ CEUPACS N TQ GOVERMENT...KETELUSAN KEDUANYA PASTI BERBALOI

khairul

terima kasih kerajaan malaysia,terutama PM kita... HIDUP DATO SERI NAJIB..... PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT.

faiz

Kita Harapkan Juga supaya Kumpulan Pelaksana Yang Telah Mempunyai Kelayakan Ijazah di beri kelonggran untuk di naikkan Gred dalam bidang yang sama seperti mana Golongan Guru.... Berlaku Ketidak adilan dalam kenaikan Gred dalam Perkhidmatan awam .....Sepatutnya perkara ini pun di ambil perhatian dalam SBPA.

robert

Syabas Dato Omar & AJK Cuepacs kerana memahami PA khususnya gol senioriti...motivasi kerja wujud kembali bilamana gaji 'naik pangkat' amat berbaloi berbanding skim SBPA yg lalu lebih memihak kpd gol lantikan...HIDUP CUEPACS..terima kasih PM

azhana othman

Sbpa yg ditandatangani perlu jadi status quo. Professional perlu juga gaji sepadan dgn kelulusan. Jgn lepas bengkel ceupacs mkn celaru..

hamirul azam b muhamad

saya harap kan elaun untuk pemandu pejawat awam dapat di laksanakan.tolong lah CUEPACS untuk mengemukakan cadangan ini.

umie yayan

syabas kpd CUEPACS, krn terus2an membela nasib pjwt awam yg brada dlm kump plksana.. isu kekananan perlu d kkalkn spt dlm SSM,, senioriti lbh adil tk kakitangan yg tlh lama brkhidmt... hrp2 semakan ni mberikan lbh makna tk semua pnjwt awam... TQ CUEPACS!!!!!

mohamad ali

menunjukkan kerajaan prihatin dengan masalah kakitangan. diharap kerajaan akan mengkaji semula pencen kakitangan tahun depan

azhana othman

Diharap sbpa yg telah ditandatangani kekal sbg status quo Dan cuma baiki yg kurang je. Golongan professional pun

azhana othman

Diharap sbpa yg telah ditandatangani kekal sbg status quo Dan cuma baiki yg kurang je. Golongan professional pun

alias

terima kasih yang tidak terhingga kepada CUEPACS kerana berjaya menyelesaikan isu ketidakpuasan hati penjawat awam semuga kemelut ini akan menceriakan hati setiap penjawat awam terutama kumpulan pelaksana bersesuaian denga slogan rakyat didahulukan

koboi007

sy sebagai kakitangan awam,ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas daya usaha datuk serta warga CUEPACS yg mengabil berat kebajikan kakitangan awam secara adil sehinga di peringkat bawah,semuga usaha ini akan berterusan sampai bila2.semuga allah sahaja yg membalas jasa baik datuk serta ahli2 dan waerga CUEPACS,

alias

terima kasih yang tidak terhingga kepada CUEPACS kerana berjaya menyelesaikan isu ketidakpuasan hati penjawat awam semuga kemelut ini akan menceriakan hati setiap penjawat awam terutama kumpulan pelaksana bersesuaian denga slogan rakyat didahulukan

Wan Ikram

penambahbaikan SBPA diucap tri kasih tp penyegeraan perlaksanaannya adalah terlebih baik drp momokan berlebih-lebihan...tak gitu ke!!!!!

mos

alhamdulillah. terima kasih dato omar & kami akn terus bersama kerajaan.

Selaraskan semula skim pembantu tadbir dengan semua jawatan seperti penolong pegawai tanah, juruteknik, renjer hutan, pembantu veterinar.

2.Pekiraan pencen mengikut tempoh perkhidamatan atau gaji maksima bagi yang telah berkhidmat 35 tahun keatas kerana banyak dikalangan pekerja bawahan yang berkerja jaga selepas bersara untuk menyara kehidupan dan anak2 yang masih bersekolah.

Top po

Ceupacs, terima kasih. Semoga usaha anda mendapat berkat.

ronny

cepatlah sikit bayar gaji baru sbpa.

ari wira

terima kasih tan sri dan dato omar.kalau bolih biar lah keputusan ini dapat disegerakan.

ari wira

terima kasih tan sri dan dato omar.kalau bolih biar lah keputusan ini dapat disegerakan.

PA bawahan

terima kasih kp dato dan cuepacs..harap2 bnyk lg yg cuepacs dpt cupas kn..terutama bg PA di JOHOR yg dpt keja semua pakai cable..spai SPM tak baik pn boleh dpt keja..dan

Din

Syukur, mudah-mudahan berjaya cadangan Cuepacs, tahniah.

Poster bin Morton

Diharap Bayaran Insentif Wilayah dan I. Tetap Perumahan termasuk dalam package yang sama.

Hasmi

terima kasih daun keladi...harap-harap jangan tangguh-tanguh lagi...PA disini penat menanti...tunggu gaji SBPA setiap hari

Marni muar

saya sangat menyokong diatas perjuangan ini semoga mendapat keputusan yang happening

orang tua

syabas jk ceupacs. harap k/tangan yg tiada masalah disiplin dan senoriti serta dah time based di ambil perhatian. di bawah ssm kami yg dah servis lebih 30 tahun, gaji dah hampir sama dengan yang servis 15 tahun.

AHMARIN@AHMAD NOR BIN MOHD. ASRI

Terima Kasih........ Kita Harapkan Juga supaya Kumpulan Pelaksana Yang Telah Mempunyai Kelayakan Ijazah di beri kelonggran untuk di naikkan Gred dalam bidang yang sama seperti mana Golongan Guru.... Berlaku Ketidak adilan dalam kenaikan Gred dalam Perkhidmatan awam .....Sepatutnya perkara ini pun di ambil perhatian dalam SBPA.........

AHMARIN@AHMAD NOR BIN MOHD. ASRI

Terima Kasih........ Kita Harapkan Juga supaya Kumpulan Pelaksana Yang Telah Mempunyai Kelayakan Ijazah di beri kelonggran untuk di naikkan Gred dalam bidang yang sama seperti mana Golongan Guru.... Berlaku Ketidak adilan dalam kenaikan Gred dalam Perkhidmatan awam .....

edy

terima kasih ceupacs dan kerajaan, harap golaong kami yang bawahan terbela. Allah saja yang dapat membalas jasa baik kamu sekalian.

AHMARIN@AHMADNOR BIN MOHD. ASRI

TERIMA KASIH DATUK..... KITA HARAPKAN JUGA NASIB KUMPULAN PELAKSANA YANG SUDAH MEMPUNYAI KELAYAKAN IJAZAH DI BERI PERHATIAN . MEREKA SEPATUTNYA DI BERI KENAIKAN GRED BIARPUN DI BIDANG YANG SAMA SEPERTI MANA GOLONGAN GURU...... BERLAKU KETIDAK ADILAN DALAM KENAIKAN GRED ..........

emilia elias

terima kasih Datuk...cuma tolong fikirkan elaun kritikal sbb saya bekerja berisiko mendapat penyakit drp pesakit yg ader penyakit berjangkit..saya hari2 menjahit pesakit bersalin

nor amin

melaksanakan SBPA secara totalnya untuk kesemua peringkat bukannya mengadakan untuk kepentingan pihak tertentu.Bagi kearah sebuah negara maju kepuasan semua pihak harus diamabil kira. terima kasih kepada PM yang mahu skim ini semua dikaji. barisan Cuepacs tqvm semoga allah swt bersama kalian... amin

dy an

terima kasih dato omar pertahankn hak pekerja rendah. mudah mudahan allah sahaja lh yg membalas kebaikkn dato omar

ela

sila kemukan syor permohonan pertukaran yang mengambil masa terlalu lama.kami mengharapkan kebajikan.

nor affendi bin ariffin

terima kasih dato omar pertahankn hak pekerja rendah. mudah mudahan allah sahaja lh yg membalas kebaikkn dato omar

terima kasih..CEUPACS..Gob bless u all

mus

terima kasih ceupacs,

rey

apa pun diharapkan gred kelayakan masuk menggunakan diploma jangan dipinggirkan dalam semakan kali ini.

F.JUDE

HARAP KENAIKAN GAJI YG TERKINI ADALAH BETUL,TELUS & ADIL KPDA SEMUA PENJAWAT AWAM DI MSIA DGN MENGAMBILKIRA KELULUSAN PTK BAGI MEREKA YG TELAH MELEPASINYA. TERIMA KASIH KEPADA CEUPAC & JPA KERANA PERIHATIN DALAM MENANGANI SUARA PENJAWAR AWAM DI PERINGKAT BAWAHAN. SALAM 1 MALAYSIA

F.JUDE

HARAP KENAIKAN GAJI YG TERKINI ADALAH BETUL,TELUS & ADIL KPDA SEMUA PENJAWAT AWAM DI MSIA DGN MENGAMBILKIRA KELULUSAN PTK BAGI MEREKA YG TELAH MELEPASINYA. TERIMA KASIH KEPADA CEUPAC & JPA KERANA PERIHATIN DALAM MENANGANI SUARA PENJAWAR AWAM DI PERINGKAT BAWAHAN. SALAM 1 MALAYSIA

fazrol

terima kasih.kami diadili..hidup ceupacs!

Narham

Memang sepatutny CUEPACS mengutamakan golongan kakitangan awam bawahan yang masih memerlukan perubahan terutmanya gred gaji yang masih rendah untuk menampung keperluan hidup yang semakin tinggi. TQ datuk.

matzin malim

terima kasih datuk....hidup datuk...jasa mu akan d kenanag dan mendapat pahala...amin all the best..

Pok Teh

Kakitangan bawahan didahulukan, keputusan semakan dipercepatkan.....syukur dan terima kasih kepada semua yang terlibat.....

Pok Teh

Kakitangan bawahan didahulukan, keputusan semakan dipercepatkan.....syukur dan terima kasih kepada semua yang terlibat.....

atie

semoga penjawat awam lebih komited pada kerjaya pada masa akan datang...alhamdulilah terima kasih kerajaan dan CUEPACS.

Moshanda

Ceupacs ....Terima kasih kami ucapkan diatas usaha menambahbaikan sistem penjawat Awam. Cuma Kami di kalangan Pembantu Kesihatan Awam
Rasa Terkilan lah juga . 1.Anggota Pembantu Kesihatan yang telah berkidhmat Lebih dari 15 tahun -20 tahun Jawatan KUP pun kita tak dapat.2. PKA menjalani kursus selama 2 tahun akan tetapi mata gred gaji dibayar lebih rendah .

Jupilin Rangin

Harap SBPA dilaksanakan cepat, jangan tunggu selepas PRU13.

oden kratos

Terima Kasih...CEUPACS.... :)

mohd shafri

terimakasih DATUK..krna memperjuangkan kumpulan bawahan termasuk saya...jasamu sampai bila2 di kenang....terima kasih datuk.

melukut tepi gantang

semuga kump kanan hakiki dapat perbezaan matagaji yang berpatutan berbanding KUP kanan yang mudah mendapat pangkat tapi tetap tidak mahu melaksanakan kerja penyeliaan

john joe

CEUPACS,,,,harapan kita mewakili anda....

Abd Rahim Rahmat

Terimakasih kepada ceupacs dan JPA kerana mendengar rintihan kumpulan bawahan seperti saya tq

Tajudin, Danaharta selesai saman RM589 juta luar mahkamah

Posted: 14 Feb 2012 11:08 AM PST

MukaDepan

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd mencapai penyelesaian luar mahkamah berkaitan saman difailkan enam tahun lalu membabitkan hutang RM589 juta tokoh korporat itu untuk membeli saham MAS.

Peguam Tajudin, Lim Kian Leong yang memaklumkan perkara itu kepada panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, bagaimanapun tidak mendedahkan terma penyelesaian dan ia disahkan Tommy Thomas yang mewakili Danaharta.

Berikutan itu, Lim berkata, Tajudin berhasrat menarik balik semua rayuan terhadap Pengurusan Danaharta, dua anak syarikatnya serta 24 responden lain yang dinamakan dalam tuntutan balas beliau. Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin yang mengetuai panel itu, kemudian memutuskan untuk membatalkan semua rayuan berkaitan.

Panel yang turut dianggotai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin bagaimanapun memerintahkan Tajudin membayar RM15,000 kepada beberapa responden sebagai kos perundangan dan RM5,000 lagi kepada kerajaan Malaysia bagi prosiding di Mahkamah Rayuan.

Pengurusan Danaharta, Danaharta Urus Sdn Bhd dan Danaharta Managers Sdn Bhd serta pegawainya bagaimanapun tidak menuntut kos perunda-ngan.

Terdahulu, Lim memaklumkan panel itu Tajudin dan Danaharta berjaya mengatasi semua permasalahan yang dihadapi kedua-dua pihak berhu-bung terma penyelesaian.
Kelmarin, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Lim untuk menangguhkan prosiding sehingga semalam bagi membolehkan Tajudin dan Danaharta mencari penyelesaian berhubung 'masalah kecil yang muncul pada saat-saat akhir'.

Berbekalkan semangat penyelesaian luar mahkamah yang dicapai semalam, Lim meminta semua pihak terbabit menanggung kos perundangan masing-masing bagi prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Kecuali Danaharta, responden lain tetap mahukan Tajudin membayar kos perundangan mereka.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tajudin membayar RM589 juta kepada Danaharta yang menguruskan pinjaman tidak berbayar akibat hutang ditanggung tokoh korporat itu dalam pembelian saham MAS.

Jumlah itu adalah baki pinjaman berjumlah RM1.79 bilion yang diberikan kepada Tajudin oleh sekumpulan peminjam bagi membiayai pembelian 32 peratus kepentingan dalam MAS pada 1994.

Tajudin diperintah membayar jumlah asas pinjaman pada 31 Disember 2005 sebanyak RM589,143,205.57 serta faedah dua peratus atas kadar pemberian pinjaman asas Malayan Banking Bhd mulai 1 Januari 2006 sehingga tarikh penyelesaian penuh kes itu kepada Pengurusan Danaharta dan dua anak syarikatnya.

Mahkamah Tinggi turut membatalkan tuntutan balas Tajudin, yang berjumlah RM13.46 bilion, terhadap 24 responden termasuk Danaharta, dua anak syarikat serta pegawainya, Datuk Azman Yahya, Datuk Abdul Hamidy Hafiz, Datuk Zukri Samat dan Datuk Kris Azman Abdullah. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan