Isnin, 2 Januari 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


BN akan tawan Pulau Pinang

Posted:

BN akan tawan Pulau Pinang

BN akan tawan Pulau Pinang

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpenang@utusan.com.my

BALIK PULAU 1 Jan. - Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula Pulau Pinang daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang berikutan sokongan yang semakin kuat ditunjukkan oleh rakyat di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad berkata, berdasarkan program-program turun padang yang dianjurkan, orang ramai memberikan reaksi positif terhadap corak pentadbiran BN.

"Dengan respons serta senario politik di Pulau Pinang di bawah pentadbiran pembangkang, saya yakin BN akan merampas semula negeri ini.

"BN bersama parti komponen lain kini berusaha keras untuk meyakinkan semula rakyat bahawa BN sentiasa dekat dengan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Gerakan Jentera Pilihan Raya Kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Betong di sini, hari ini.

Muhammad Farid memberitahu, di Balik Pulau sendiri, penduduknya mengadu tidak mendapat perhatian yang merangkumi aspek kebajikan daripada kerajaan DAP Pulau Pinang.

"Kita boleh lihat sendiri, setakat ini apa yang kerajaan negeri buat bagi membangunkan kawasan Balik Pulau?

"Malah Ahli Parlimen di sini juga tidak menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan alasan tiada dana," ujarnya.

Beliau sebelum itu mengikuti konvoi bermotosikal disertai kira-kira 400 belia bagi menyampaikan sumbangan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat kepada penduduk sekitar.

Full content generated by Get Full RSS.

Bantuan tanpa mengira ideologi politik

Posted:

Bantuan tanpa mengira ideologi politik

Bantuan tanpa mengira ideologi politik


ABDUL Azeez Abdul Rahim (tengah) bersama sebahagian daripada 300 pelajar cemerlang UPSR dan PMR di Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik di Baling, Kedah, semalam.


BALING 1 Jan. - Sumbangan kepada pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di daerah ini tidak pernah mengira ideologi politik waris dan keluarga mereka.

Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya tidak pernah membezakan fahaman politik ibu bapa pelajar dan tetap menghargai mereka jika berjaya mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

"Kita tidak pernah membezakan anak siapa dan parti politik mana, asalkan mereka mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan," katanya pada majlis penyampaian sumbangan kecemerlangan pelajar di sini, hari ini.

Seramai 219 pelajar cemerlang dalam UPSR masing-masing menerima RM200 dan 92 pelajar cemerlang PMR mendapat RM300 seorang.

Abdul Azeez yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling berkata, bukan sahaja soal politik diketepikan, malah semua pelajar terdiri daripada pelbagai kaum yang berjaya turut menerima sumbangan itu.

Katanya, walaupun pihaknya tahu ada ibu bapa yang keberatan untuk datang mengambil wang sumbangan itu, tetapi mereka perlu lebih mementingkan soal pendidikan anak-anak.

Menurutnya, RM72,750 disumbangkan kepada pelajar berkenaan sebagai satu usaha untuk menggalakkan lebih ramai pelajar mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Full content generated by Get Full RSS.

268 mangsa banjir di Perlis dipindahkan

Posted:

268 mangsa banjir di Perlis dipindahkan

268 mangsa banjir di Perlis dipindahkan


SUKARELAWAN MAYC mengangkat mangsa banjir untuk ditempatkan di Pusat Pemindahan Bencana di Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup, Chuping, Padang Besar, semalam.


PADANG BESAR 1 Jan. - Seramai 268 mangsa di empat kawasan di daerah ini dipindahkan ke empat pusat pemindahan berikutan banjir yang melanda kawasan berkenaan selepas hujan selama beberapa jam sejak awal pagi tadi.

Menurut maklumat Bilik Gerakan Bencana Negeri Perlis, ia melibatkan penduduk di kawasan Batu Bertangkup, Kampung Kok Mak, Titi Tinggi Hilir dan Kampung Padang Mawar di sini.

Seramai 127 mangsa (73 keluarga) dari Titi Tinggi Hilir, Batu Bertangkup 54 mangsa (14), Padang Mawar, Kok Mak 38 mangsa (12) dan Padang Melaka 49 mangsa (13).

Mereka dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Padang Melaka, Dewan Orang Ramai Kampung Padang Mawar, Kok Mak, Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bertangkup dan SK Titi Tinggi Hilir sejak pukul 3 petang.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis melaporkan, paras air di Sungai Jarum, Sungai Chucuh dan Sungai Buloh kini pada tahap berjaga-jaga.

Setakat ini, empat daripada enam pintu air di Empangan Timah Tasoh telah dibuka untuk meredakan limpahan air berikutan banjir tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu ketika melawat banjir di kawasan berkenaan berkata, orang ramai perlu memberi perhatian terhadap bencana yang melanda itu termasuk berjaga-jaga.

Menurut beliau, penduduk yang terlibat perlu mengambil langkah untuk berpindah sekiranya diarahkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan