Ahad, 1 Januari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Polis nafi bertindak keras

Posted:

Polis nafi bertindak keras

Polis nafi bertindak keras

Oleh ROZIANAH RISMAN
pengarang@utusan.com.my


SEBAHAGIAN pelajar diarah baring ketika membuat demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, semalam.


TANJUNG MALIM 1 Jan. – Polis menafikan menggunakan kekerasan ketika meleraikan kira-kira 70 pelajar yang menyertai perhimpunan haram anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, awal pagi ini.

Dalam demonstrasi itu dua pelajar cedera, apabila keadaan menjadi tegang dan tidak terkawal apabila kumpulan penuntut yang menyertai perhimpunan tersebut cuba melarikan diri selepas diarah bersurai.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dakwaan beberapa laman blog kononnya penuntut berkenaan dipukul dan ditendang polis sehingga patah tulang dan gigi adalah tidak benar sama sekali.

Katanya, tuduhan yang mengatakan bahawa polis membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semata-mata untuk menggunakan kekerasan bagi meleraikan perhimpunan tersebut juga adalah fitnah.

"Seramai 67 anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim ditugaskan seawal pukul 5 petang untuk mengawal keadaan di UPSI tanpa melibatkan mana-mana anggota polis dan FRU dari luar.

"Malah, polis juga cuba berunding dan menasihatkan kumpulan penuntut itu supaya bersurai namun tidak diendahkan. Saya ingin ulangi, polis tidak menggunakan sebarang bentuk kekerasan terhadap mereka," katanya pada sidang akhbar di IPD Tanjung Malim hari ini.

Beliau mengulas tindakan sekumpulan pelajar melibatkan pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan dan swasta yang berhimpun di UPSI sejak pukul 1 pagi ini.

Difahamkan, perhimpunan haram itu dibuat bagi membantah tindakan tatatertib yang diambil ke atas pelajar UPSI, Adam Adli Abd. Halim yang menyertai demonstrasi SMM di ibu negara baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohd. Shukri berkata, pihaknya menahan seramai 17 pelajar termasuk seorang pelajar perempuan kerana enggan memberi kerjasama kepada pihak polis untuk bersurai.

Katanya, mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967, Seksyen 141 Kanun Keseksaan, Seksyen 145 kerana berada di dalam satu perhimpunan haram dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan di atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam.

Full content generated by Get Full RSS.

MPP UPSI kutuk demonstrasi SMM

Posted:

MPP UPSI kutuk demonstrasi SMM

MPP UPSI kutuk demonstrasi SMM

IPOH 1 Jan. – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengecam tindakan sekumpulan ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang mengadakan perhimpunan haram di hadapan universiti tersebut malam tadi.

Yang Dipertuanya, Muhammad Afiq Fikri Mislan berkata, tindakan tersebut bukan sahaja memalukan golongan mahasiswa malah mencemarkan nama baik UPSI yang berdekad lamanya melahirkan ramai negarawan dan tokoh pendidik.

Muhammad Afiq Fikri berkata, pelajar UPSI tidak sepatutnya dikaitkan dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu kerana hampir kesemua peserta perhimpunan itu disertai pelajar luar.

"Kami sama sekali tidak setuju dengan demonstrasi ini kerana ia mengganggu kehidupan pelajar. Mereka yang terlibat dalam demonstrasi ini bukan semuanya mahasiswa UPSI.

"Jika ada pun yang terlibat, mungkin seorang dua dan ia tidak langsung mewakili suara keseluruhan mahasiswa UPSI. Mereka adalah golongan minoriti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muhammad Afiq berkata, jika demonstrasi yang diadakan sehingga lewat malam tadi untuk menyelamatkan seorang pelajar UPSI, Adam Adli Abd. Halim daripada dikenakan tindakan tegas pihak universiti, ia sebenarnya tidak perlu dilakukan.

Katanya, pihak universiti sendiri belum membuat sebarang keputusan berhubung tindakan Adam menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi SMM di ibu negara baru-baru ini.

"Lagipun, sebarang tindakan yang mungkin dikenakan nanti bukan diambil secara sambil lewa tetapi berdasarkan bukti-bukti kukuh mengikut penilaian jawatankuasa khas universiti," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan