Isnin, 2 Januari 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


TPM hadir Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru 2012

Posted:

TPM hadir Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru 2012

TPM hadir Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru 2012


MUHYIDDIN Yassin bersama Noorainee Abdul Rahman, Dr. Rais Yatim, Masnah Rais, M. Kavyeas dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional bersama memotong kek tanda gimik perasmian Rumah Terbuka 1Malaysia bagi Sambutan Hari Natal dan Tahun Baru di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 1 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadiri majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Krismas dan Tahun Baru 2012 anjuran Parti PPP di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Beliau diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta isteri, Datin Seri Masnah Rais dan Timbalannya, Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 5,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh penari Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Istana Budaya serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Sempena majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan komputer riba 1Malaysia kepada lapan pelajar yang kurang berkemampuan selain meraikan 532 kanak-kanak dari rumah kebajikan dan anak yatim dari sekitar Lembah Klang.

Presiden PPP, Datuk M. Kayveas berkata, pihaknya menganjurkan majlis rumah terbuka tersebut sebagai manifestasi kepada semangat 1Malaysia yang dipraktikkan oleh PPP sejak 15 tahun lalu dan ia merupakan acara tahunan parti berkenaan.

Menurutnya, PPP adalah parti 1Malaysia kerana dianggotai pelbagai kaum dengan 25 peratus ahlinya adalah bumiputera dan lebih 35 peratus Cina manakala selebihnya kaum India.

Kata beliau, jawatankuasa parti juga diterajui oleh pemimpin pelbagai kaum.

Full content generated by Get Full RSS.

52 ditahan dalam operasi maksiat

Posted:

52 ditahan dalam operasi maksiat

52 ditahan dalam operasi maksiat


ANGGOTA penguat kuasa JAIS menyoal siasat gadis yang menginap di sebuah hotel ketika membuat serbuan dalam Ops Anti-Zina di sekitar Shah Alam dan Serdang sempena sambutan tahun baru, malam semalam.


SHAH ALAM 1 Jan. - Seramai 52 individu ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu serbuan cegah maksiat yang diadakan pada sambutan tahun baru malam semalam.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Nur Hamizah Othman berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkhalwat di beberapa hotel murah yang diserbu di sekitar Shah Alam dan Serdang bermula dari pukul 1 pagi hingga 5 pagi tadi.

Beliau berkata, sebanyak 11 hotel bajet telah diserbu dalam operasi yang dikenali sebagai Ops Anti-Zina dan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali itu.

"Mereka yang ditahan adalah berusia di antara 15 hingga 45 tahun dan kesemuanya disyaki berkhalwat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

"Kesemua yang ditahan sudah dibebaskan dengan jaminan mulut dan akan dipanggil semula untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nur Hamizah berkata, hasil serbuan dan pemeriksaan itu, pihaknya mendapati ada di kalangan pasangan terbabit disyaki berkhalwat dengan pasangan bukan Islam.

"Namun, penguat kuasa JAIS tidak menahan pasangan mereka yang bukan Islam dan hanya mereka yang beragama Islam sahaja yang ditahan dalam serbuan itu," katanya.

Bagaimanapun, Nur Hamizah enggan mendedahkan jumlah sebenar lelaki dan wanita Islam yang ditahan dalam serbuan tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Ramai ibu bapa rayu hantar anak ke PLKN

Posted:

Ramai ibu bapa rayu hantar anak ke PLKN

Ramai ibu bapa rayu hantar anak ke PLKN

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Perubahan sikap positif yang ditonjolkan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKM) menyebabkan ramai ibu bapa kini merayu untuk menghantar anak-anak mereka menyertai program itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, bekas-bekas pelatih program itu menunjukkan sikap yang positif berbanding semasa zaman belajar dahulu.

"Mereka juga kini mampu berdikari dan mempunyai sikap yang lebih patriotik," katanya pada majlis pelancaran Pergerakan Pelatih Program PLKN Siri 9/2012, di sini hari ini.

Bagi PLKN siri 9/2012, jumlah pelatih di seluruh negara yang didaftarkan ialah seramai 140,000 orang dengan Kumpulan 1 siri itu melibatkan 43,896 pelatih akan memulakan latihan di 81 kem di seluruh negara bermula hari ini, esok dan lusa.

Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Dr. Ismail Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Menurut Ahmad Zahid, kesan daripada pembangunan personaliti dan kebolehan berdikari itu menyebabkan ramai ibu bapa mula menyedari kebaikan program tersebut.

Keadaan itu katanya, jauh berbeza semasa peringkat awal PLKN diperkenalkan oleh kerajaan.

"Dalam masa tiga tahun pertama pelancaran PLKN, saya dan Ketua Pengarah JLKN terima tidak kurang daripada 15 hingga 20 peratus permohonan penjaga yang mahu menangguh dan mengecualikan anak- anak mereka daripada PLKN.

"Tapi kini kami terima lebih banyak rayuan daripada ibu bapa yang ingin masukkan anak mereka ke dalam PLKN," katanya.

Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata, JLKN masih mempertimbangkan permohonan rayuan bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

"Mengikut Akta PLKN, pembatalan tidak boleh dikemukakan tetapi penangguhan boleh dipertimbangkan," katanya.

Beliau turut mengumumkan pelancaran Briged Sukarelawan Khidmat Negara yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Felda Chini, Pahang pada awal bulan depan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan